Pelajar universiti ternak lipas jana RM28,000 sebulan

Kebanyakan orang yang anda kenali pasti geli dan takutkan lipas tetapi seorang lelaki muda menjadikan haiwan itu sebagai sumber pendapatannya!

Menurut World of Buzz, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun bernama T0ng mendapat pendapatan lebih kurang 200,000 TWD (lebih kurang RM28,300) sebulan daripada aktiviti menternak dan menjual lipas.

Perniagaannya itu bermula satu setengah tahun yang lalu ketka dia membeli lipas untuk memberi makan kepada haiwan peliharaannya. Proses membeli lipas pada ketika itu sangat leceh dah menyusa*hkan buatnya, jadi dia membuat keputusan untuk menternak lipas sendiri, di mana ia juga dapat menjimatkan duitnya.

Lipas ternakannya memb1ak dengan cepat dan dalam masa enam bulan sahaja, dia sudah berjaya memiliki 30,000 hingga 40,000 lipas. Untung bagi T0ng apabila dia berjaya mendapatkan pembeli yang sanggup membeli kesemua lipas itu.

Melalui transaksi itu, pembeli bernama Tse yang juga pakar dalam penternakan lipas dapat mengenali T0ng dengan lebih rapat. Dia kemudian membuat keputusan untuk menjadi rakan kongsi Tong untuk membuka ladang ternakan lipas.

Segalanya tidak mudah bagi T0ng bagi awal permulaan bisnes itu kerana seperti orang lain, dia juga taku*tkan lipas. Menurutnya, dia turut mengalami mimpi bu*ruk setiap malam selama sebulan!

Kini, mereka mempunyai lebih 2.7 juta lipas daripada berlainan spesis di ladang itu dan Tong memberi makan serta membuat tempat tinggal haiwan itu sendiri. Tong juga berkata bahawa tiada apa yang perlu dita*kutkan kerana kesemua lipasnya itu ‘bersih’.

Seperti yang dijangka, Tong mendapat banyak kri*tikan dari rakan-rakannya di universiti. Malah, ada yang tidak mahu berkawan dengannya selepas mengetahui pekerjaan yang dilakukan Tong.

Sesetengah rakan juga dikatakan enggan berjabat tangan dengannya. Bagaimanapun, Tong tidak pernah penat untuk menerangkan kepada rakan-rakannya bahawa lipas yang diternak adalah berbeza dari lipas yang mereka sering jumpa di rumah. Bagi membuktikan apa yang dikatakan, T0ng turut menjemput rakan-rakannya untuk datang dan membuat lawatan di sekitar ladangnya.

Semoga berjaya dengan bisnes yang dilakukan! Bayangkan kalau 2.7juta lipas ternakan dia tu terlepas. Gel*inyaaaa!

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*