Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) RM40 Juta Untuk Industri Pertanian Malaysia

1. Berita baik untuk semua petani dan sektor pertanian Malaysia, Perdana Menteri kita telah mengumumkan pelan jana semula ekonomi negara (PENJANA) yang dibentangkan pada 5 mei 2020 sebanyak RM400 juta!

2. Antara bantuan yang diberikan bagi sektor pertanian dan makanan adalah seperti Skim Pembiayaan Mikrokredit di bawah Agrobank bagi usahawan agro termasuk usahawan industri komoditi sebanyak RM350 juta dengan kadar faedah 3.5%

3. Nilai pinjaman maksimum adalah RM50,000 untuk setiap usahawan manakala tempoh bayaran balik pinjaman sehingga 5 tahun.

4. Selain itu, bantuan termasuk Insentif untuk memudahcara mobiliti kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan perladangan.

5. Antara manfaat lain adalah seperti memberi sumbangan in-kind bagi menyokong pertanian bandar seperti benih, baja, infastuktur, peralatan, khidmat nasihat dan latihan bernilai RM500 bagi penerima individu dan RM50,000 bagi setiap komuniti.

Sumber Bernama

6. Banyak peluang yang telah disediakan oleh kerajaan, belia perlu tangkas, rebut peluang yang disediakan, hanya perlu bertindak sahaja. Silakan SHARE supaya lebih ramai yang tahu dan terus bertindak.

7. Maklumat lanjut boleh di perolehi melalui laman web www.moa.gov.my dan www.agrobank.commy 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

 

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*