Peluang Perniagaan Di SHOPEE – Raih RM250,000 Hanya Dalam Masa 3 Bulan.

1. Semenjak pengumuman Perdana Malaysia berkenaan keterbatasan pergerakan dalam musim PKP, ramai petani dan usahawan ternakan mula beralih ke perniagaan E-Commerce iaitu Shopee. Hal ini kerana pembeli sudah mula membiasakan diri dengan norma baharu di negara ini.

2. Shopee merupakan satu medan E-Commerce yang popular dengan penghantaran percuma dan harga barangan yang murah. Sejenis aplikasi yang sangat mudah digunakan ini boleh digunakan bagi setiap lapisan masyarakat.

3. Dengan cara promosi di platform yang betul seperti sosial media Facebook & Instagram, anda boleh mendapatkan pendapatan hasil tani dan perikanan anda sehingga mencecah RM250,000 hanya menggunakan Shopee.

4. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) serta (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) LKIM telah menjalinkan usaha sama dengan Shopee sebagai satu langkah panjang bagi melindungi kebajikan, perniagaan petani dan pelayan.

5. Pembeli yang membeli di Shopee akan memesan barangan sebelum jam 12 tengahari, dan pesanan akan diterima pada keesokkan harinya. Pembungkusan yang rapi amatlah dititik beratkan agar pesanan pelanggan akan tiba dengan baik dan tidak rosak.

6. Usahasama yang telah dijalankan semenjak 15 Mei, telah merekodkan pesanan hampir 2,000 pesanan dan jualan hanya di sekitar lembah Klang sahaja.

7.Ianya menunjukkan satu sisi yang positif bahawa ramai pelanggan di Shopee tidak mempunyai masalah untuk memesan barangan basah melalui perantaraan di atas talian.

8. Sekiranya lebih ramai yang memasarkan produk pertanian dan perikanan mereka di shopee, pastinya pihak Shopee bersedia bagi menetapkan masa penghantaran yang lebih pantas dan efisien.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom pasarkan hasil tani dan perikanan anda di Shopee.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro, Isnin, 1 Jun 2020 dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*