Pemain Shandon Luneng, Fellaini Positif Covid 19

Pemain Shandon Luneng, Fellaini Positif Covid 19

Dalam perkembangan terbaru pemain-pemain bolasepak dunia, bekas pemain MU Marouane Fellaini antara pemain yang telah disahkan positif COVID 19. Beliau kini sedang menjalani kurantin serta diberikan rawatan di Hospital Jinan, China.

Bekas bintang Manchester United ini telah bermain di Shandong Luneng sejak 2019 selepas berjaya membuat penampilan sebanyak 119 kali di Manchester United.

Fellaini merupakan  pemain pertama dari Liga Super China yang dijangkiti wabak ini sehingga ke hari ini. Namun beliau bukanlah pemain pertama antara pemain dunia yang telah dijangkiti selepas beberapa pemain Juventus telah disahkan positif Covid 19 sebelum ini.

Menurut laporan dari Akhbar China, pemain ini disahkan positif covid-19 ketika membuat ujian saringan dengan jabatan kesihatan tempatan selepas tiba dengan menaiki kereta api pada hari jumaat lepas.

Untuk makluman anda semua, pemain ini berjaya menjaringkan gol sebanyak 12 dengan 30 penampilan bersama Shandong Luneng. Beliau juga telah diturunkan ketika beraksi bertemu JDT ketika dalam saingan AFC Champions League pada tahun 2019.

Selain itu, Liga Super China yang ditangguhkan masih lagi tidak dilangsungkan walaupun Negara ini telah mencatat penurunan yang mendadak bagi pesakit baru COVID 19.

Di Malaysia, masih belum ada lagi pemain Bolasepak tempatan yang dijangkini wabak ini, dan kita sama-sama berdoa agar tiada angka tercatat dalam kalangan pemain dan seterusnya tiada lagi pesakit baru untuk penyakit ini pada hari esok dan seterusnya.

About Sifudurian 160 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*