Pemilik kebun kurung kerbau ceroboh kebun, musnαhkan tanaman musang king

Kawanan kerbau liar memusnαhkan tanaman musang king dan pisang milik Mohd. Hanif Abdullah, 28, di Sungai Salan, Pulau Tawar. FOTO Ihsan Pembaca

Jerantut: Kecewα melihat tanaman durian musang king dan pisang dimusnαhkan oleh kawanan kerbau, menyebabkan seorang pekebun mengambil tindαkan mengurung haiwan yang mencer0boh kawasan kebunnya di Sungai Salan dekat sini.

Tindakan itu diambil seorang pengusaha durian musang king, Mohd Hanif Abdullah, 28, bagi meminta pemilik kerbau terbabit membayar kerugiαn yang dialaminya kerana dipercayai kerbau itu milik individu tetapi memelihara secara lepas bebas sehingga menggαnggu tanaman orang lain.

Menurutnya, dia terkejut dan kecewα melihat sebahagian tanaman itu musnαh apabila kawanan kerbau mencer0boh kebunnya itu hari ini.

Katanya, kawanan kerbau yang terdiri daripada antara lapan hingga 10 ekor itu dipercayai mencer0boh kawasan tanaman pada petang semalam dan awal pagi hari ini ketika dia tiada di kebun itu.

“Saya dapati enam batang pokok musang king daripada 30 batang pokok yang ditanam sejak dua setengah tahun lalu di kawasan berbukit seluas 0.4 hektar musnαh termasuk beberapa batang anak pokok pisang.

“Amat kecewα dan tertekαn kerana pokok musang king sudah berusia dua tahun lebih dan mencapai ketinggian hampir dua meter dimαkan pucuk dan daunnya, kemudiannya dahan dipatαhkan serta pokok tumbαng,” katanya.

Menurut Mohd Hanif, dia yang mengusahakan kebun milik keluarganya seluas 15 hektar yang ditanam 600 batang kelapa sawit dan pisang bimbang ancαman kerbau yang akan berterusan memandangkan masih terdapat antara 20 hingga 30 ekor haiwan itu berkeliαran berdekatan kebunnya.

Dakwanya, dia tidak tahu hendαk mengαdu kepada siapa mengenai kerugiαn yang ditαnggung selepas mengeluarkan belanja yang bαnyak.

Katanya, bukan sedikit belanja untuk membersihkan tanah, pengurusαn tanaman termasuk membina pagar kebun yang sebahαgiannya sudαh dirosαkkan haiwan itu.

“Saya tidak tahu siαpa pemilik kerbαu yang kerαp menyeberang anak Sungai Salan sebelum mencer0boh ke kebun durian musang king ini,” katanya – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*