Pendapatan RM25,000 Semusim – SOP Penanaman Labu Air

1. Labu Air merupakan sejenis sayuran buah yang kurang popular dalam masyarakat Melayu tetapi sangat popular dalam masyarakat Cina. Ianya sangat mudah untuk ditanam dan dijaga.

2. Labu Air ditanam secara komersial di Negeri Johor, Perak dan Pahang. Benih dimasukkan kedalam batas yang dilapik dengan plastik silvershine.

3. Baja asas seperti baja organik digunakan dan tanaman disiram dua kali sehari kecuali hari hujan.

4. Bagi jarak penanaman pula adalah 1m dalam barisan (1 baris) atau 3 segi.

5. Pembajaan NPK 15:15:15 dengan kadar 20gm sepokok dan ketika hampir berbuah letakkan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 20-30gram sepokok.

6.Kawalan haiwan perosak dan penyakit boleh dilakukan secara manual. Selain itu boleh juga menggunakan racun kulat.

7. Antara haiwan perosak yang sering menyerang labu air adalah Lalat Buah, Ulat Makan Daun dan Kutu Thrips, namun risiko untuk diserang adalah sangat rendah sekiranya tanaman dijaga dengan rapi.

8. Buah labu air boleh dituai sekiranya sudah matang selepas 75-90 hari semusim dengan menggunakan pisau tajam dan dibersihkan serta diasingkan mengikut saiz dan kualiti.

9. Sehektar labu air boleh menghasilkan sekitar 25,000-28,000kg labu air. Harga labu tidak menentu kerana ia mengikut keadaan dan bekalan.

10. Ianya berharga RM0.70 satu kilogram (kg) dan boleh mencecah sehingga RM1.50. Sekiranya menanam labu air secara komersial, dianggarkan mampu memperoleh keuntungan bersih RM15,000 ke 20,000 semusim hasil menanam labu air.

11. Terdapat banyak khasiat sekiranya mengambil labu air dalam pemakanan antaranya dapat melancarkan pencernaan dan membantu ginjal berfungsi dengan baik.

Artikel ini dipetik dari MyAgro, dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*