Pengairan Dan Penyiraman Pokok Durian

Ramai yang suka menanam durian. Namun, tahukah anda sebenarnya selain menjaga perkara paling asas dalam tanaman, pengairan dan penyiraman juga amat PENTING!

Saya akan kongsikan cara-cara menjaga pengairan dan bagaimana penyiraman untuk tanaman durian.

Pertama, menguruskan kebun durian adalah menguruskan 85% akar serabut (lateral) yang berkumpul pada kedalaman 45 cm dari permukaan tanah. Zon akar lateral 45 cm boleh dikeringkan dan boleh disiram kembali.

Akar tunjang adalah 15% daripada jumlah akar. Kedalaman dominan 50 cm hingga 4.5 meter. Tiada masalah terendam air kerana peranannya sendiri mencari air.

Tahukah anda? Pokok durian dikira terlebih air jika sedalam 45cm ditenggelamkan secara kekal 100% atau 50% air.

Terendam 100% berisiko mati manakala terendam 50% berisiko stres dan sukar berbuah. Tempoh kelangsungan hidup selepas stress air adalah  selama tiga hari.

Pengairan irigasi partial rootzone bermaksud 22.5 cm disiram dan 22.5 cm bergantian kering. Justeru penyiraman bersistemkan irigasi defisit bermaksud penyiraman yang terhad.

Pengairan dan penyiraman durian boleh dibuat melalui kaedah dibawah:

1. Sitem Irigasi
2. Graviti (air hujan / air dari tempat tinggi)
3. Capillary Water (Air dari bawah ke atas)
4. Wap air / air (hygroscopic)

Kadar penyerapan air dalam tanah:
– Tanah berpasir dengan mudah mengalirkan air
– Tanah liat memegang air tertinggi
– Tanah kapur, bentonit adalah desicant

Kredit : Mohd Fauzan

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*