Pengusaha tapak perkhemahan pilih jadi petani selepas ru’gi RM100,000

MOHD. Azaruddin Majid kini mengusahakan projek tanaman kecil-kecilan di tapak perkhemahan miliknya di Pulau Redang berikutan penutupan operasi sektor pelancongan akibat PKP 3.0. – FOTO/PUQTRA

KUALA NERUS: Pengusaha tapak perkhemahan di Pulau Redang, Mohd. Azaruddin Majid, 36, pernah meraih pendapatan mencecah RM100,000 sepanjang tiga bulan beroperasi pada tahun lalu, namun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan sumber rezekinya hi’lang sekelip mata.

Walaupun terpaksa menanggung keru’gian besar kerana laran’gan beroperasi, tidak mematahkan semangat anak jati Terengganu itu untuk bangkit semula dengan mengusahakan projek tanaman kecil-kecilan di pulau peranginan itu.

Mohd. Azaruddin berkata, percubaan pertama menanam timun, terung, cili, ubi kayu dan serai di sekitar Redang Camp sejak Mei lalu membolehkan perniagaannya terus bernafas dalam suasana industri pelancongan Terengganu yang lum’puh, tahun ini.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja dapat mengurangkan tekanannya, malah membuka ruang baharu dalam mencorakkan masa depan tapak perkhemahan berkonsepkan eko pelancongan pertama di Pulau Redang.

“Siapa yang tidak buntu kerana duit sudah banyak dibelanjakan untuk pembukaan operasi pada Mac lalu, tetapi saya tidak boleh duduk sahaja meratap nasib kerana pekerja perlu dibayar gaji.

“Bermula dengan cuma empat sayur kemudian saya menanam sawi dan kangkung secara akuaponik di samping menternak ikan tilapia, puyu dan patin kerana impian saya agar tahun depan, tetamu ke Redang Camp berpeluang menikmati pakej baharu iaitu berkhemah sambil menikmati sayuran segar dan ikan air tawar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Azaruddin, jumlah ikan air tawar yang di­ternak ketika ini ialah 300 tilapia, 500 puyu dan 250 patin.

Katanya, konsep sedemikian difahamkan belum pernah diper­kenal di mana-mana penginapan di pulau peranginan di negeri ini dan kini dalam usaha untuk terus mengembangkan lagi projek tanaman dan penternakan berkenaan dengan memohon ban’tuan modal daripada Jabatan Pertanian.

Menurutnya, sepanjang hampir tiga bulan kebun itu diusahakan, sudah beberapa kali tanaman dituai termasuk dijual kepada pekerja resort mahu pun penduduk kampung. – UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*