Peniaga durian diingatkan letak tanda harga

BANDARAYA MELAKA, Jun – Musim durian datang lagi, namun bagi sesetengah peminat tegar raja buah itu harga yang ditawarkan penjual tidak menjadi halangan walaupun pada skala yang tinggi asallkan mereka dapat menikmati keenakannya.

Namun, dalam keghairahan mereka membeli ada segelintir peniaga dikatakan terlepas pandang meletakkan tanda harga dan berlakunya turun naik harga.

Tinjauan Melaka Hari Ini ke beberapa l0kasi jualan durian mendapati ada di antara penjual durian khususnya di bahu jalan tidak mempamerkan tanda harga dan hanya akan memberitahu harga apabila ditanya 0leh pembeli.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka N0rena Jaafar berkata, pemantauan khas dilakukan pihaknya bermula semalam susulan aduan diterima pihaknya membabitkan rasa kurang senang pembeli apabila tiada tanda harga dipamerkan 0leh penjual.

“Banyak ad*uan diterima membabitkan tiada tanda harga dipamerkan. Apabila tiada tanda harga dipamerkan akan berlakunya harga berubah-ubah dan semalam kita mulakan pemantauan.

“Kita tidak mahu nanti peniaga ini mereka meletakkan harga durian contohnya melihat kepada kenderaan dinaiki pembeli. Misalnya kalau Per0dua Kancil harga lain, kalau pacuan empat r0da atau Toyota Alphard atau Vellfire lain pula,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak tujuh pasukan peng*uatkuasa ditugaskan untuk melakukan pemantauan harian ke atas penjual buah-buahan khususnya penjual durian di seluruh Melaka.

“KPDNHEP meminta kerjasama orang ramai terutamanya pembeli untuk memaklumkan kepada kami sekiranya mereka ada melihat penjual yang tidak mempamerkan tanda harga.

“Semalam, dua peniaga durian di Jasin dik0mpaun masing-masing RM1,000 kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga sekaligus melakukan kesa*lahan mengikut Perintah 3 (1), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga 0leh Penjual Runcit) 1993,” katanya – UTUSAN ONLINE

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*