Peniaga durian dipelawa sertai perniagaan secara dalam talian

YEW Tung Seang dalam sidang akhbar mempelawa peniaga durian menjual hasil mereka menerusi platform Jom Beli 0nline (JB0@MBPP) di Komtar, Georgetown, Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Menjelang musim durian tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjemput peniaga durian dan pemilik ladang menyertai perniagaan dalam talian (online) melalui platform Jom Beli 0nline (JBO@MBPP) untuk memudahkan mereka menjual durian kepada orang ramai.

Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang berkata, para peniaga durian juga digalakkan menyewa gerai bagi menjual raja buah itu di pasar awam dan kompleks perniagaan yang disediakan MBPP.

“Selain menjalankan perniagaan secara hibrid iaitu melalui JB0@MBPP (dalam talian), peniaga juga boleh memilih initiatif lain MBPP iaitu Bisnes dari ladang (BFF), bisnes dari kedai (BFS) dan bisnes dari gerai (BFG),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tung Seang, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkuatku*asakan di negara ini bagi kali ketiga telah mengehadkan pergerakan orang awam dan menjejaskan perniagaan para peniaga.

Sehubungan itu katanya, platform perniagaan secara dalam talian akan membantu peniaga dan penjaja meningkatkan jualan mereka terutama ketika PKP.

Tambahnya, MBPP telah memperkenalkan inisiatif JB0@MBPP itu sejak PKP 1.0 tahun lalu bagi membantu penjaja dan peniaga-peniaga kecil.

“Pelancaran JB0@MBPP diadakan pada 7 April 2020 dan sejak itu, JB0@MBPP telah mendapat sambutan yang amat baik.

“Sekarang, JB0@MBPP memiliki empat kategori perniagaan iaitu F&B (makanan dan minuman), barangan pasar, barang umum dan buah-buahan bermusim,” katanya.

Dalam pada itu katanya, peniaga yang memerlukan nasihat mengenai cara memulakan perniagaan dalam talian menggunakan platform JB0@MBPP boleh menghubungi pasukan transformasi digital MBPP, Sri Mageswari Pattel di talian 011-26516403.

“Mereka yang ingin menyertai platf0rm ini juga b0leh mendaftar melalui https://jbo.mbpp.gov.my,” katanya. – UTUSAN

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*