Pertanian

Peningkatan harga arang batu punca harga simen meningkat

SEREMBAN: Kenaikan harga simen yang berlaku ketika ini adalah disebabkan peningkatan harga di pasaran antarabangsa untuk bahan mentah yang digunakan bagi pengeIuaran simen khususnya arang batu.

Pengarah Urusan Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA), Sharuddin Omar Hashim berkata, kenaikan harga simen tersebut terpaksa diambiI oleh pemain industri itu berikutan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

Menurut beliau, kenaikan harga barang batu ketika ini didorong Iarangan eksport oleh Indonesia serta berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine.

“Kami terpaksa (menaikkan harga) memandangkan bahan mentah yang digunakan dalam pengeIuaran simen telah naik dengan sangat tinggi contoh paling utama adalah penggunaan arang batu.

“Sebab pertama sebelum ni adalah wujudnya larangan eksport dari negara Indonesia ke luar dan juga peperangan antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan kesuIitan mendapatkan bekalan arang batu menyebabkan kenaikan harga arang batu yang sangat tinggi.

“Bahan-bahan mentah lain dalam pengeluaran simen juga telah naik agak tinggi kerana pand*emik C0*vid-19 lalu. Masalah kesesakan daripada segi logistik dan pengagihan juga menyebabkan kenaikan harga barang-barang mentah ini,” katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Loji Simen (Bahau), Azahari Matt dan Ketua Pegawai Kewangan CIMA, Khor Khai Nee.

Jelas Sharudin, peningkatan harga bahan mentah tersebut menyebabkan syarikat pengeluar simen di negara ini termasuk CIMA tiada jalan Iain dan terpaksa menaikkan harga simen bagi meneruskan operasi.

“Kenaikan harga bahan mentah ini meliputi 30 hingga 40 peratus dari kos pengeluaran kami,jika dilihat harga barang batu sebelum ini di luar sana dalam Iingkungan AS$60 hingga AS$70 satu tan namun kini telah meningkat kepada AS$200 satu tan dan mungkin mencecah sehingga AS&400.

“Sebelum ini harga simen agak mendatar dan kami telah banyak menyerap tetapi berikutan situasi semasa, kami terpaksa naikkan harga simen ni. Bagaimanapun, kami cuba sedaya upaya untuk mengoptimumkan pengeIuaran kami sebaik mungkin dan cuna mengurangkan kos pengeluaran,” katanya lagi. –UTUSAN ONLINE

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button