Penyakit Asma Sembuh dengan Air Rebusan Pokok Letup-Letup Ulat Bulu

Hai semua! Hari ini kami akan kongsikan tentang khasiat pokok letup-letup ulat bulu. Lain macam bunyinya kan?

Antara khasiatnya adalah untuk merawat saluran jantung tersumbat.Ambil 40 helai daun pokok letup-letup dan blander dijadikan jus. Minum tanpa campur, dan amalkan setiap hari. Ianya adalah salah satu petua dan ubat untuk jantung kita. Selain itu, boleh amalkan meminum air daun pokok letup-letup ulat bulu dengan cara ‘blender’ segenggam daun yang muda dicampur dengan segelas susu tepung.

Khasiat kedua adalah boleh dijadikan ubat untuk penyakit asma atau semput. Ambil daun dan batangnya,  minum air rebusan daun atau ambil daunnya lalu dicampur dengan kapur sireh. Kemudian, dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Sila basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. Sapukan bahagian dada, perut dan belakang.

Selain itu daun tumbuhan ini boleh mengubati penyakit kulit iaitu kurap. Caranya adalah dengan meletakkan daun tersebut di tempat kurap dan amalkan setiap hari. Ianya juga dapat menurunkan suhu badan yang panas. Makan buah letup-letup, ataupun buat minuman jus dari buah tersebut. Sangat berkesan untuk kanak-kanak.

Selain itu, dengan mengamalkan air rebusan pokok ini, ianya dapat menurunkan bacaan darah tinggi. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kencing kotor ketika mengandung, anda digalakkan untuk mengamalkan air rebusan pokok buah ulat bulu ini. Caranya adalah dengan mengambil segenggam daun dan direbus dengan tiga gelas air.

Antara alternatif lain bagi pengidap kanser , amalkan pucuknya yang muda dicampur dengan 1 sudu makan beras dan 5 tunas kunyit dilenyek-lenyek dengan tempurung kelapa, tumbuk sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul atau pun yang ada kenser payu dara insya-Allah cepat sembuh.

Antara khasiat lain adalah :

Pokok ini dapat membantu merawat bayi. Keseluruhan pokok ni dijemur sampai kering sebelum menggunakannya, rebus kemudian tunggu sehingga suam lalu boleh dibuat mandian untuk bayi yang baru lahir.

Bagi merawat orang yang pengsan, ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya abunya campurkan dengan kapur sireh. Lalu, gaulkan menggunakan minyak kelapa. Kemudiannya gosok perlahan pada kepala orang yang pengsan.

Pokok Letup-letup ini dikatakan dapat merawat jerawat. Daunnya ditumbuk lumat boleh guna untuk ubat jerawat.

Selain itu, bagi penghidap penyakit stroke atau sesiapa saja yang sering kena kebas kaki atau tangan, ambil sepokok yang sedang angaran setengah meter. Dibasuh bersih kemudian direbus dengan lima gelas air hingga kering. Minum dan makan sayur tu. tanaman ini bagus untuk kebas-kebas dan orang yang stroke. Amalkan,ianya sangat membantu.

Selain itu, untuk mendapatkan badan yang cerdas dan cergas, masukkan buah yang dah masak (pecahkan buahnya) dalam cawan/ gelas campur air dan 1/2 buah limau nipis. Minum sesudah sarapan. Bagi mereka yang mengalami penyakit Hernia (Pasang Surut), anda digalakkan untuk mengambil daun yang sudah tua campurkan daun sireh ditumbuk sapukan.

Tambahan pula , untuk sesiapa yang ingin menambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah. Akhir sekali, Untuk merawat gatal-gatal kulit, keseluruhan pokok ini diambil dan dibersihkan. Kemudian rebus hingga mendidih dan sejukkan air rebusan hingga suam. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.

Kredit. Fb Ana Mahabu

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*