Penyakit Buruk Akar & Batang

Hi semua! Hari ini saya akan kongsikan tentang penyakit buruk akar dan batang. Antara tanda-tanda berlakunya penyakit buruk akar dan batang adalah :

1. Terlihat jangkitan pada permukaan kulit dan ianya berwarna perang, akan kelihatan basah akan didapati di antara cabang dahan, batang pokok dahan bawah.

2. Jika kulit dibuang, lapisan tisu dibawah akan kelihatan pudar dan berwarna perang kemerahan.

3. Ranting-ranting akan layu dan mengering yang membawa kepada die back.

4. Dalam kes jangkitan yang lebih teruk, peranggasan secara beransur-ansur akan berlaku, sistem akar akan terjangkit dan memburuk, seterusnya akan membawa kepada kematian pokok.

5. Buah-buahan memburuk

6. Hawar Daun

7. Akar-akar anak semaian akan memburuk dan seterusnya akan mengalami mati rosot secara beransur-ansur.

Racun kulat yang disyorkan bagi mengubati penyakit ini adalah :
Metalxyl (Ridomil, Serbamil), Fosetyl-aluminium (Aliette), Phosphorus Acid, COpper Hydroxide (Kocide, Blue Pro, Commande) COpper Oxychloride (Cupravit, Copper Super, Coprantol, Pipertox), Tribasic Copper Sulphate (Cuproxat), Dimethomorph (Forum).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*