Penyakit Luruhan Daun Getah Ancam Pendapatan Penoreh Getah

Jerantut: Penya,kit luruhan daun (Pestalotiopsis) yang dialami pokok getah mampu mengancam pendapatan 450,000 pekebun kecil getah seluruh negara jika ia tidak dikawal dengan segera.

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM) Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, serangan penya,kit luruhan daun itu mula dikesan di semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak, selain turut berlaku di Indonesia dan selatan Thailand.

“Kulat pestalotiopsis ini menjang,kiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah di mana jangki,tan seran,gan lebih tertumpu pada bahagian daun berbanding bahagian yang lain.

“Jika pekebun kecil tidak bertindak segera maka pendapatan mereka mungkin terjejas kerana pengeluaran susu getah akan susut sebanyak 40 hingga 60 peratus akibat penya,kit ini,” katanya

Beliau berkata, seran,gan sederhana boleh menyebabkan kegugu,ran daun sehingga 50 peratus dan jang,kitan parah pula akan menyebabkan daun getah matang gugur sehingga 90 peratus

Menurutnya, faktor perebakan penya,kit itu disebabkan keadaan persekitaran pokok getah itu menyebabkan ia mudah terkena seran,gan kulat pestalotiopsis.

“Taburan hujan dan kelembapan udara yang tinggi, tiada amalan pembajaan berjadual dan pengawalan rumpai tidak teratur antara faktor penya,kit ini mudah merebak.

“Pengecaman penya,kit luruhan daun ini dapat dilihat apabila daun luruh bukan pada waktunya, iaitu di musim luruh,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerantut berkata demikian selepas menyampai bantuan pasca banjir sumbangan sukarelawan MyRaudah di balai raya Kampung Pagi, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau sudah membuat tinjauan ke beberapa ladang getah di kawasan pedalaman Ulu Tembeling yang turut terjejas dengan penya,kit itu lalu meminta pekebun melakukan pencegahan di peringkat awal.

“LGM akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi memberi penerangan mengenai penya,kit ini dan langkah kawalan serta pencegahannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN…

Peruntukan RM15.7 juta atasi penya,kit luruhan daun getah

Jempol: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kan melaksanakan rawatan semburan bagi mengatasi penya,kit luruhan daun (pestalotiopsis) pokok getah yang dihadapi pekebun kecil kini.

Pengerusinya, Datuk Mohd Salim Sharif berkata ketika ini penya,kit berkenaan menyerang tanaman pekebun kecil seluruh negara kecuali di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah.

Katanya ia mula dikesan di Segamat, Johor pada 2017 dan menyebabkan kegugu,ran daun antara 50 peratus sehingga 100 peratus.

“Penya,kit luruhan daun itu membabitkan keluasan 15,282 hektar kebun getah milik 8,043 pekebun kecil Risda.

“Penya,kit ini menjejaskan hasil pengeluaran susu getah dan perlu ditangani bagi mengelakkan ia berjang,kit kepada pokok yang lain,” katanya ditemui selepas program imunisasi di Hospital Jempol hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong Mustapha Nagoor dan Pengarah Hospital Jempol Dr Zul Iskandar Zainudin.

Mohd Salim yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sudah meluluskan peruntukan berjumlah RM15.7 juta bagi melaksanakan kerja pencegahan dan pengawal pestalotiopsis.

Katanya kerja pencegahan akan dilaksanakan pada awal bulan depan serta mengambil masa lebih kurang tiga bulan dan ia perlu dicegah sebelum merebak dan berjang,kit kepada pokok lain – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*