Perak Mampu Bayar Gaji Pemain

Perak Mampu Bayar Gaji Pemain

Masalah pembayaran gaji bukan lagi satu isu yang jangal di Malaysia. Setiap tahun pasti akan ada sahaja pasukan yang mempunyai masalah untuk membayar gaji pemain. Belum lagi sampai setengah tahun, pasukan Kelantan dikatakan antara pasukan yang sudah mempunyai kemelut pembayaran gaji pemain sehingga 52 pemain membuat laporan.

Perak juga antara pasukan yang dikatakan ada masalah untuk pembayaran gaji baru-baru ini. Namun menerusi Setiausaha Kehormat PAFA, Azli Nadri mengatakan bahawa pasukannya masih lagi mampu bernafas dan membayar gaji pemain.

Beliau mengulas mengenai pihak yang mengatakan pasukan Perak antara pasukan yang terjejas ekoran liga ditangguhkan memandangkan tiada duit kutipan tiket dan penarikan tajaan. Katanya dia tidak tahu dari mana pihak yang tersebut mendapatkan sumber yang mengatakan Perak tidak mampu membayar gaji.

Menurutnya Perak masih laig mampu untuk membayar gaji. Walaupun tiada pendapatan daripada jualan tiket perlawanan. Duit tiket sebenarnya tidak memberi kesan besar kepada kewangan pasukan.

Antara pasukan lain yang dikatakan akan mengalami masalah juga adalah pasukan Terengganu. Namun menerusi Setiasausaha Kehormat pasukan mereka, Terengganu juga memberi jawapan positif bahawa mereka dapat membayar gaji pemain tanpa sebarang masalah.

Menurut Datuk Tengku Farouk yang merupakan Setiausaha Terengganu mengatakan bahawa pihak penaja memberi komitmen tinggi dalam usaha membantu pasukan membayar gaji pemain.

Jadi kedua-dua pasukan yang dikaitkan dengan masalah pembayaran gaji ini memberi gambaran bahawa mereka mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk musim ini bagi membayar gaji pemain-pemain mereka.

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*