Perarakan besar-besaran pindah mumia firaun di Kaherah

KAHERAH: Perarakan besar-besaran bagi memindahkan 22 mu,mia dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di bandar raya ini, diadakan malam tadi.

Dikawal ke,tat pihak keselamatan, kenderaan khas yang membawa mu,mia itu melalui perjalanan sekitar bandar raya ini sejauh tujuh kilometer dari Muzium Mesir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir yang baharu.

Laluan konvoi membawa puluhan mumia diraja itu melalui jalan raya yang dipasang dengan lampu dan sepanduk bagi acara yang digelar Perbarisan Emas Firaun, sekali gus menarik perhatian penduduk bandar raya ini.

Mumia yang dipindahkan terdiri daripada 18 raja dan empat permaisuri yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun.

Setiap satu akan diletakkan di dalam kapsul berisi gas nitrogen untuk perlindungan dan kereta yang direka khas untuk memastikan keselamatan dan kestabilan setiap mu,mia.

Perarakan itu adalah antara usaha bagi menarik pelancongan di Mesir setelah jumlah pelawat mero,sot dari 13.1 juta pada 2019 kepada 3.5 juta tahun lalu.

“Dengan rasa bangga, kita menantikan kedatangan raja dan permaisuri fir,aun untuk ditempatkan di rumah baharu.

“Rakyat dapat menyaksikan tamadun unik dan sejarah kebanggaan negara kita,” ciap Presiden, Abdel Fattah al-Sisi di Twitter. – AFP/Berita Harian

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*