Perbandingan Makan Gaji vs Kerja Sendiri

(GAMBAR HIASAN) Di bawah ini penulis disenaraikan perbandingan ringkas antara makan gaji vs kerja sendiri. Anda di bahagian mana? makan gaji atau kerja sendiri?

Makan Gaji

Masa Ditetapkan: biasanya kerja mula sekitar 8.00 pagi dan balik rumah jam 5.00 petang

Pendapatan Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan dibayar melalui bank atau cash. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.

CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati melainkan ada hal penting sahaja.

Tempat Kerja Ditetapkan: mungkin jauh daripada rumah atau dekat. Bergantung pada lokasi.

Kerja Sendiri

Masa Bebas: Terserah kepada individu. Datang kerja bila-bila masa.

Pendapatan Tidak tetap: Gaji mengikut usaha anda. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.

CUTI Harian: Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan. Suka hati nak ambil cuti.

Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berhampiran.

Tidak dinafikan ramai yang tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas, bos yang suka mengambil kesempatan, rakan sekerja yang menjengkelkan, gaji kecil dan macam-macam sebab.

Hari-hari mengeluh mengenangkan nasib. Belajar berbelas-belas tahun, apabila sudah mendapat ijazah, berusaha pula berhempas pulas untuk menjadikan orang lain jadi kaya raya.

Adakah ia satu tindakan yang bijak? Sedangkan Rasullah s.a.w pernah berkata bahawa 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, tetapi ramai yang masih bergantung pada satu punca rezeki!

Islam menggalakkan umatnya untuk berniaga kerana perniagaan itu tidak kiralah kecil atau besar mampu mengubah kehidupan seseorang dari kehidupan biasa-biasa kepada kehidupan “luar biasa”.

Lihat sahaja contoh isteri nabi iaitu Siti Khadijah merupakan seorang peniaga yang kaya-raya.

Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang memiliki perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang.

Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras dan rajin berusaha. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi dan lain-lain.

Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dan lain-lain itu sebenarnya lebih kurang sama dengan bekerja sendiri! – Usahawan.com

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*