Perbezaan Peniaga MISKIN Dengan Peniaga KAYA – Tips Bisnes BUAH Tepi Jalan

Jika nak buat kena SERIBU DAYA tanpa banyak alasan, tapi orang yang tak nak buat SERIBU DALIH atau banyak sangat komplen dan alasan. Anda yang mana satu?

Ini kisah kawan saya, tujuh hari seminggu dia jual buah. Kalau ke Parit Jawa memang ada muka dia. Masa PKP ni je dia tak buka.

Berpuluh tahun dia jual buah. Kawan-kawan cina memang tahu dia banyak duit.Beli rumah tanam cash je. Bujang lagi. Peramah dan banyak mulut.

Dia jual pakai lori, subuh dia ambil buah dari pembekal, pagi dah menjual sampai ke petang. Semua buah ada. Apa rahsia kejayaan beliau? ramai yang menjaja tapi mengapa kurang berkembang?

10 Perbezaan Penjaja Miskin Dengan Penjaja Kaya.

1. Kejayaan penjaja kaya bukan dilihat berapa besar bisnesnya, berapa ramai pekerjanya tetapi bagaimana mereka mampu mengendalikan DIRINYA, menguruskan PENDAPATAN dan PERNIAGAANNYA.

Saya sendiri pernah bertemu mereka yang mewah, berkereta besar, rumah banglo dua tingkat dan pekerjaannya hanyalah seorang penjaja.

Saya juga pernah berjumpa mereka yang ada bisnes besar tapi hidupnya sempit, hutang keliling pinggang. Semunya adalah pusingan pembelajaran dalam bisnes. Ia bermula dari diri kita bagaimana cara kita mengurus bisnes.

2. Penjaja atau penjaga perlu ada kira-kira, jangan berniaga semborono sahaja, perlu ada simpanan, ada pendapatan, ada TARGET dan tahu tentang pengurusan.

3. Berdisiplin dan menepati masa. Jangan sekejap buka sekejap tutup.

4. Berniaga dengan sepenuh hati dan komited, bukan suam-suam kuku. Paling penting berniaga mencari keberkatan.

5. Jangan campur aduk belanja peribadi dan untung bisnes, bila nak berubah kalau asyik guna untung bisnes, beli itu… beli ini…

6. Perlu belajar ilmu barang. Kena faham berapa margin, berapa perlu simpan, berapa kena guna modal pusingan.

7. Jika berniaga tunai, duit kena simpan setiap hari. Simpan 30% untuk tabungan. 

8. Peniaga kaya suka bersedekah, sebab itu REZEKI nya tidak putus-putus. Jangan kedekut memberi pada mereka yang memerlukan. Terutamanya pada ayah dan ibu. 

9. Marketing dan marketing. Sekarang berniaga zaman moden. Semuanya di hujung jari sahaja. Gunakan laman sosial sebaiknya untuk mengumpul database atau prospek.

10. Ramai yang mengaku marketing dan mengawal keawangan serta menguruskan bisnes adalah kelemahan mereka selama ini.

Ramai yang kata tak ada ilmu tapi kenapa tak BELAJAR? baca buku dan jumpa orang… tulis satu-satu melalui blog supaya mudah ingat dan nak rujuk balik.

Silakan SHARE jika anda rasa artikel ini BERMANFAAT terima kasih – Sifudurian

idea asal ditulis Coach Bahar / Gambar hiasan

 

 

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*