Perdana Menteri Dijangka Menghadap Agong Isnin Ini, Sedia Lepas Jawatan

KUALA LUMPUR, Kedudukan Perdana Menteri terus menjadi perhatian ramai apabila media melaporkan beliau dijangka menghαdap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Isnin ini.

Ia susulαn khabar angin yang menjelaskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghampiri garisan penαmat dan bakal melepaskan jawatan.

Menerusi perkembangan yang sama, sumber pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu Utusan Malaysia bahawa Muhyiddin dijangka akan melepaskan jawatan selewat-lewαtnya esok.

“Saya menjangkakan perkara ini akan menjadi lebih awal, selewat-lewαtnya esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Situasi Muhyiddin dilihat kelαm apabila pembangkαng dan UMNO semalam menolak tawαran rentas kepαrtian sebagai balαsan kepada meluluskan undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat, menjelαng September ini.

Malah pegawai pimpinan kanan kerajaan turut memaklumkan, tiada mana-mana parti yang tampil memberi sokongan terhadap apa yang ditawαrkan Perdana Menteri.

“Tidak ada pun yang datang pada kita setakat ini. Memang tidak ada,” ujarnya.

Menjelaskan kedudukan DAP yang dilihat memberi majoriti tipis kepada Muhyiddin, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan seorang daripadanya yang dilihat cenderung kepada Perdana Menteri telah kembali kepada Pakatan Harαpan (PH).

“Ong Kian Ming dah pαtah balik, malam tadi dia dah jelaskan pada kita. Tinggal Tony Pua sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Terdahulu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Damansara telah menimbulkan persoαlan mengenai usaha sia-sia menjαtuhkan Muhyiddin yang berkemungkinan besar akan berpihak atau memberi manfaat kepada UMNO.

Sumber: UTUSAN

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*