Pergerakan Akan Dihadkan Jika Tolak Vaksin? – Perdana Menteri

(Sumber dari Utusan Online) Kerajaan berkemungkinan mengenakan had pergerakan untuk individu yang menolak diberikan vaksin mulai 26 Februari ini.

PM Cadang Individu Tolak Vaksin Bakal Dihadkan Pergerakan, Wajar Atau Tidak Wajar? apa pendpat anda…

Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021 serta manualnya telah pun dilancarkan semalam. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata individu yang menolak pemberian vaksin berkemungkinan dihadkan pergerakan untuk ke premis perniagaan dan restoran.

Perkara terbabit adalah bagi memastikan Pelan Imunisasi Kebangsaan 2021 dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat.

Katanya lagi, selepas bermulanya program vaksinasi secara berperingkat ini nanti, berkemungkinan hanya individu yang telah mendapat suntikan vaksin C0vid-19 sahaja dibenarkan memasuki premis perniagaan dan restoran.

Sesuatu yang terlalu awal untuk diwar-warkan

Namun demikian, ada sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri mengumumkan perkara tersebut adalah sesuatu yang terlalu awal untuk diumumkan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, terutamanya rakyat yang masih ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin serta golongan anti-vaksin.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Dalam pada masa yang sama, tindakan menghadkan pergerakan rakyat ini juga seolah-olah seperti tindakan pemerintah diktator dan bernada ugutan terhadap rakyat.

Ada juga pihak yang mencadangkan agar kerajaan sepatutnya mendapatkan kepercayaan serta meyakinkan rakyat bahawa vaksin C0VID-19 ini selamat diambil terlebih dahulu berbanding menghukum rakyat dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan seperti itu.

Kerajaan Malaysia patut ambil risiko tawar suatu bentuk perlindungan untuk rakyat yang telah disuntik vaksin C0vid-19

Bagi membuktikan bahawa kerajaan Malaysia benar-benar yakin bahawa vaksin Covid-19 ini selamat, bersih dan berkesan, pihak kerajaan sepatutnya berani mengambil risiko untuk menawarkan suatu bentuk polisi perlindungan kepada rakyat sekiranya berlaku kesan sampingan selepas mengambil vaksin tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, maka lebih besar nilai perlindungan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi melindungi rakyatnya yang terkesan.

Tindakan ini tentunya meyakinkan rakyat bahawa kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berani mengambil risiko.

Polisi seperti ini telahpun diperkenalkan oleh negara jiran di Singapura di mana mereka akan menawarkan sejumlah bantuan kewangan untuk mana-mana individu yang mengalami kesan sampingan selepas disuntik vaksin C0vid-19.

Malah, jika berlaku sebarang kematian, nilai bantuan yang akan diberikan tentunya lebih tinggi.

Rakyat yang ragu-ragu dengan vaksin tidak semestinya golongan anti-vaksin

Permasalahan utama yang dihadapi oleh negara pada masa sekarang ialah tahap pengetahuan dan keyakinan rakyat terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin. Jika telah disuntik, mana mampu dapat diundur semula.

Tidak semua pula golongan yang ragu-ragu ini anti kepada vaksin. Maka, dari sinilah kerajaan sepatutnya bekerja keras dalam apa jua cara sekalipun untuk menyampaikan informasi yang tepat dan meyakinkan kepada golongan sebegini.

Sekiranya mereka telah yakin, maka mereka sendiri juga yang akan membantu menyebarkan keyakinan ini kepada masyarakat yang lain.

Impaknya, sudah tentu pelan imunisasi ini berjalan lancar tanpa ramai rekod rakyat yang menolak pemberian vaksin.

Jadi, adakah anda rasa tindakan Perdana Menteri ini wajar atau tidak? Kongsikan kepada kami di ruangan komen – Sumber asal Utusan Online

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*