Perkembangan Pokok Durian Yang Ditanam dalam tempoh 10 Bulan

Untuk pokok durian ini, kami menggunakan benih APM 5’ vs benih 2’. DI bawah adalah perkembangan bulan ke 10 penamaman pokok durian. Menggunakan SOP yg diaplikasi sebelum ini, tanah dpt dirawat dgn baik.

Walaupun jarang disiram selepas bulan ke 4-10 (2 kali seminggu) tetapi tanah yg telah dirawat selama 4 bulan terdahulu telah dapat menyumbang banyak kepada tumbesaran pokok.

Sebaik sahaja memasuki bulan 5, baja butiran (intake melalui akar) jenis soya fish888 digunakan dan ditanam 4 penjuru. Bagi mengekalkan kelembapan kaedah mulching dilakukan. Tanah juga dilihat digembur apabila superbacti disiram setiap 2 minggu dgn dos yg disyorkan. Setiap 2 minggu juga baja folia go green (semburan daun) diselang selikan pula dgn fastgrow (semburan batang).

Daripada kesimpulan dan rumusan yg diperolehi sepanjang 10 bulan penanaman durian adalah seperti berikut,

1. Mula tanam- Penyedian lubang tanaman yg betul, dikorek dan dibiarkan 3,4 hari, ditabur kapur pertanian dan penggalak akar dan semasa menanam digaul bersama bahan organik seperti tinja ayam yg diproses dan zeolite. Pemilihan benih yg sihat amatlah penting.

2. Bulan 1-4 – diawalan tanaman pastikan pokok diberi teduhan dan disiram dua hari sekali, tanah dirawat dgn superbacti dan diselangseli dgn fastgrow dan zeolite

3. Bulan 5-10 – melihat pd pertumbuhan pokok, teduhan boleh dibuka dan disiram dua kali seminggu. Kali ini tambahan kepada baja butiran(soya fish888) pula diberikan berselangseli dgn superbacti, fastgrow dan go green. Melalui intake yg berbeza2 setiap 2 minggu. (Akar, daun dan batang) Pemberian zeolite juga diberikan selang sebulan. Pastikan baja kimia yg digunakan low chloride bagi elak akar hangus dan pokok panas.

5. Minimakan penangkasan, ini kerana pd usia kurang 12 bulan, daun2 yg terbentuk diperlukan bg menyediakan makanan bg keseluruhan pokok, pokok boleh ditangkas tp dlm bentuk yg sangat minima. semakin byk daun semakin byk makanan dibuat Ini juga boleh mengurangkan pokok stress disebabkan tangkasan.

6. Kawalan kelembapan – mulching dibuat bg tujuan berikut, tanah yg sihat dan telah dirawat lazimnya dipenuhi oleh cacing tanah dan ini menyebabkan tanah gembur. Apabila hujan atau disiram, tanah dpt menyimpan air dgn baik. Daun2 yg byk tanpa tangkasan tahun pertama menyebabkan bawah pokok sentiasa lembab dan pokok boleh betahan tanpa hujan apatah lg tanah sekeliling pokok pula disungkup(mulching) Ini penting bagi mengelakkan pokok stress akibat kemarau.

7. Kawalan kulat- fizikal pokok boleh menunjukkan tanda2 ia diserang, layu, daun kuning or gugur sebelum usia, terbantut, pucuk merajuk antara tanda2 pokok diserang. Pastikan kita ada 2,3 jenis racun kulat berbeza yg disembur seminggu sekali secara bergilir2. Hanya disembur apabila terlihat simpton yg dinyatakan diatas. Lazimnya serangan kulat terjadi pada musim hujan apabila tanah ditakungi air. Oleh itu pastikan pengaliran air sentiasa baik dan tidak bertakung.

8. Kawalan serangga- kumbang, belalang, dan lain2 serangga dpt dilihat dgn mata kasar apabila diserang. Lazimnya apabila musim panas serangga pula mula menyerang. Saya gunakan plastik kuning yg disapu gam dan diletakkan ditepi pokok. Kawalan secara biologi(perangkap) dirasakan sesuai kerana penggunaan racun yg kerap menyebabkan prestasi tanah turut terjejas.

Perbezaan tumbesaran benih APM 5’ vs Benih 2’

1. Perbezaan kos RM 250 vs RM 40

2. Tumbesaran awalan APM agak perlahan, apabila selepas 3 bulan baru nampak kesan ketara pembesaran

3. Pokok yg besar dipolibeg lebih senang dijaga tahan daya serangan penyakit.

4. Anak benih APM boleh dipilih dgn baik dan selalunya telah ditangkas berbatang tunggal dan tidak berbatang Y.

5. Benih APM lazimnya berumur setahun keatas. Dan ini dpt menjimatkan tenaga, kos penjagaan dan masa berbuah.

Kredit : Faiz Hussin II.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*