Pesaing terdekat Musang King, Durian ioi diantara varieti Durian wajib tanam di dusun!

Durian ioi dengan id pendaftaran D168 Hjh Hasmah atau Mas Muar ini memang popuIar di kalangan pengemar durian.

Durian yang berduri lembut dan berwarna hijau ini jika dilihat dari jauh seakan-akan masih beIum masak.

Mempunyai kulit bersaiz nipis, dan buahnya juga bila dipegang berasa ringan. Buah ini mempunyai berat 1.2KG dan dibeli dengan harga sekitar RM30 Sebiji.

Buah ini mungkin sudah hari kedua namun pangsa masih belum merekah. Apa yang menarik, saya membuka buah ini tanpa menggunakan pisau dan ternyata ianya dari jenis buah yang tidak su’sah untuk dibuka. Warna kuning dan oren yang terpancar sangat memikat hati!.

Memiliki tekstur isi yang lebih cair daripada D24 atau Musang King, Durian ioi memiliki rasa manis, Iemak dan beraroma sederhana. Selain itu bau dan warna mampu menyebabkan kita berkata ‘wow!’ semasa membukanya!

Walaupun tidak semua berbiji kesep, namun isinya sangat tebal dan 3 uIas sudah cukup untuk menjadikan kita puas menikmatinya.

Berdu’ri panjang dan lembut, kedudukan duri yang agak rapat, kulit nipis, biji kecil dan isi tebal menyebabkan saya berpendapat durian ini diantara varieti durian yang wajib ada di setiap dusun durian di MaIaysia yang mengusahakan duriotourism .

Dengan menyajikan sesuatu yang bernilai komersial seperti ini kita dapat memuaskan hati pengunjung dengan menikmati durian yang enak dan berbaIoi dengan bayaran yang mereka keluarkan!- Duriotourism.com

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*