Pesanan PENTING Buat ANAK

PESANAN PENTING buat ANAK

Bila makayah dah mati…..

Nanti jangan lupa bersedekah untuk makayah setiap hari. Sebab dulu makayah tak sedekah banyak kerana besarkan korang.

Jangan lupa bacakan Surah Mulk utk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur…. doakan kebaikan utk mak-ayah setiap hari…..

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong ‘top-up’kan.

Dan doa, bacaan Quran dan sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-ayah buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan-minum everyday, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak anda. Sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka enjoy dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Then setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,

Apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah,

Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada anak-anak dan, seorang anak yang telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah .

Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

‘dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga….’ (Surah Thur, 21).

Semoga. Tolong sama-sama doakan ibu-bapa kita yang telah pergi,

Everyday.

Kredit: Ust Asraff Ayobb

Tuan-puan, antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, jika kita susah nak masuk syurga, nanti Quran akan datang sebagai pembantu utk backup & topup mana yg tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu.

Kita perlu berfikir jauh. Invest our time & effort utk dapatkan bantuan yg bersifat longlasting ini. Mulakan dgn mahir membacanya.

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*