Petani moden ubah persepsi, pertanian bukan profesion ‘kampung’

Sektor pertanian kini tidak sama seperti dahulu. Ujar Ahmad Shafiq Ahmad Sabirin, sekiranya kita bijak berbakti pada tanah, sektor itu juga mampu jana pendapatan lumayan sama seperti kerjaya lain. -Gambar Astro AWANI

Kerjaya sebagai petani mungkin bukan pilihan utama bagi sesetengah individu.
Namun, tidak bagi petani moden berasal dari Kuching, Sarawak, Ahmad Shafiq Ahmad Sabirin yang kini giat mengusahakan ladang cili geronong.

Menariknya, ladang yang diusahakannya itu dilengkapi dengan teknologi yang canggih seperti sistem Internet of Things (IOT), kaedah pengairan automasi berdasarkan kemasukan data dalam talian, serta pemantauan digital yang boleh dipantau melalui aplikasi telefon pintar.

Baginya, dia tidak malu apabila digelar seorang petani malah berbangga kerana peluang menceburkan diri dalam bidang itu membuatkannya lebih mahir dalam memanfaatkan penggunaan teknologi moden.

“Bidang pertanian memang bidang yang sentiasa relevan. Walaupun persepsi masyarakat kita di luar menganggap pertanian masih bidang orang kampung tetapi kalau kita arif dengan strategi, kena dengan caranya, bidang pertanian ini sama taraf dengan bidang lain,” ujarnya.

Buat dirinya yang sudah berkecimpung dalam bidang asas tani sejak lapan tahun lalu, ramai tidak sedar bahawa sektor pertanian adalah merupakan salah satu tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa sekarang.

Jelas Ahmad Shafiq lagi, sektor tersebut semakin berkembang dan sentiasa melalui revolusi mengikut peredaran zaman.

Apa yang penting katanya, penyusunan semula strategi dan mengolah kaedah pertanian mengikut cara bersesuaian menjadi ramuan kepada kelangsungan seseorang petani agar boleh terus kekal dalam industri berkenaan.

Bercerita tentang memenuhi keperluan orang ramai pula, menurutnya setiap petani harus bijak mencari nilai tambah bagi setiap hasil pertanian mereka untuk kukuh dalam pasaran terutamanya ketika berhadapan dengan situasi ketidakstabilan ekonomi seperti pande,mik C0V1D 19.

“Usahawan kena cepat mengadaptasi (kepada situasi semasa) dan mencari peluang. Contohnya, kita pasarkan satu produk dan wujudkan satu perniagaan baharu yang dipanggil HFE mart di mana kami sediakan barang dapur dan barang basah secara talian.

“Jadi secara automatik, perniagaan cili tetap diteruskan dan produk juga dapat dijual,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI di Tapak Tanaman Kekal Pengeluaran (TKPM) Rampangi di Kuching – Sumber Astro Awani

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*