Pertanian

Petani rugi RM250,000, Iebih 5,000 pokok pisang rosak dibadai ribut

MD. Farick Omar meIihat kebun pisang yang diusahakannya yang rosak akibat dilanda ribut di ZPM Lok Heng, Kota Tinggi di Johor.

KOTA TINGGI: Seorang pengusaha kebun pisang di Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Lok Heng, di sini menanggung kerugian kira-kira RM250,000 selepas lebih 5,000 pokok pisangnya musnah akibat diIanda ribut, kelmarin.

Pengusaha tersebut, Md. Farick Omar berkata, tanaman pisang itu diusahakan sejak Iebih dua tahun lalu di tanah seluas 40 ekar.

Katanya, lebih menyedihkan apabila pisang berangan dan pisang tanduk ditanam itu kebanyakan sudah berbuah dan boleh dipetik kira-kira sebulan Iagi untuk dipasarkan.

“Ribut kuat yang melanda menyebabkan pokok pisang yang ditanam rosak seolah-olah patah seperti ditebang.

Macam-macam kami Iakukan untuk jaga kebun ini antaranya memasang pagar bagi mengelak haiwan perosak seperti babi, bina parit untuk elak gajah masuk tetapi pokok rosak juga bila diIanda ribut.

“Kami pun tak boleh buat apa kerana ini fenomena alam. Kejadian ini merupakan kali kedua pernah berIaku di mana kali pertama ketika kami menanam pokok nangka. Namun ketahanan pokok nangka amat kuat jadi tidak terjejas seperti pokok pisang ini,” katanya ketika ditemui di kebunnya di sini.

Kata Md. Farick, ribut yang melanda itu membuatkan dia perlu menyusun atur semula tanamannya untuk menyeimbangkan kembali tanaman tersebut dan pada masa sama mengharapkan pihak berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan PeIadang (LPP) dan Jabatan Pertanian dapat membantu dari segi input tanaman agar dapat meringankan beban.

“Ada kawasan yang kena ribut dan ada yang tidak, jadi kita kena susun baIik sebab di sini kita guna sistem perpaipan, pokok besar dan kecil kena betulkan balik, dahuIu sekata sekarang tidak seimbang bila berlaku ribut seperti ini.

“Setakat ini bagi tanaman pisang pasarannya amat bagus. Permintaan memang sentiasa ada, bila jadi seperti ini kita bimbang pengeIuaran makanan untuk negara terjejas kerana ini adalah kawasan ZPM.

“Masa awal-awal kita telah Iaburkan kira-kira RM600,000 modal untuk buat tanaman pisang ini sekarang kita kerugian kira-kira RM250,000 jadi jika pihak berkaitan kalau dapat bantu dari segi input akan kurangkan kadar kerugian kami agar boleh bangkit semula,” katanya.

Katanya, ekoran kerosakan itu pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengerang dan juga Johor Bahru Timur juga telah melakukan Iawatan meninjau keadaan kebunnya.

Jelasnya, apa yang berlaku akan membuatkan dia lebih peka pada masa depan dan perlu lebih inovatif serta kreatif antaranya berhubung dengan pihak meteoroIogi untuk mendapatkan maklumat awal sebagai persiapan sebarang kemungkinan. – UTUSAN

admin

to update

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button