Petua Petani Thailand LEBATKAN Pokok Durian Hingga Dahan Patah

Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah 2 kilo telur ayam, 2 kilo Gula Perang, 1 biji ragi tapai, 1 botol minuman Ya kult, 2 kotak Susu fresh dan 2 biji air kelapa muda.

Cara-cara buat:

1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 basen.

2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kis4ran tadi untuk mengambil pati air perapan

3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan di spray. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan spray pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.

Selamat berkebun

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook terima kasih – Sifudurian

Kredit gambar Zaidin Ali

About Sifudurian 164 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*