Petua Halau MONYET Yang Rosakkan Tanaman Di Kebun Dengan Racun Nyamuk

Sedikit perkongsian dari saya untuk menghalau kera yang mengganggu tanaman di kebun ataupun di dusun durian

Ini bukan orbit alam semesta ye, ini adalah………….

BOM JANGKA

Saya menggunakannya untuk menghalau monyet di dusun durian orang kampung. Saya dah cuba dan ianya berkesan.

cara membuatnya:

1. Racun nyamuk ditebuk meggunakan mata drill halus yang agak sama saiz dengan sumbu racun nyamuk. anda boleh tebuk sebanyak mana lubang yang anda inginkan

2. Kemudian sumbat sumbu ke dalam lubang yang dibuat tadi kemudian kepak sedikit agar mercun tu tidak terjatuh.

3. Jangn sumbat terlalu dalam agar nanti mercun tu boleh jatuh ke bawah bila menyala dan tidak merosakkan racun nyamuk. Anda boleh bubuh sebanyak mana mercun yang anda inginkan.

4. Racun nyamuk hendaklah digantung agar bila sumbu mercun terbakar, mercun tu akan jatuh ke bawah dan tidak merosakkan racun nyamuk.

5. Satu lingkaran racun nyamuk bertahan setengah hari. jika anda menyalakan awal pagi, tengah hari anda perlu menyalakan set yang baru.

selamat mencuba.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook – Kredit: fb Petani Muda

About Sifudurian 210 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*