
Kahak tersekat di tekak merupakan sebuah gejala umum yang sering kali terjadi kepada setiap orang. Pastinya sedikit sebanyak akan menimbulkan ketidakselesaan pada orang yang mengalaminya.
Namun begitu, masalah ini harus dirawat pada tahap awal lagi dan tidak dibiarkan ia menjadi lebih teruk kerana bimbang akan mendatangkan masalah yang boleh menjejaskan kesihatan.
Sebenarnya, bila lendir dan kahakĀ menjadi terlalu banyak cukup tidak selesa rasanya dan turut menganggu pernafasan kita.
Terutamanya bagi seorang perokok banyak sangat kahak dan lendir di paru-paru dan kerongkong. Maka, hari ini saya akan kongsikan petua menghilangkan lendir dan kahak.
Ini adalah senarai bahan-bahannya. Pastikan cuci bersih sebelum digunakan ya.
10 keping daun jambu batu
Halia sebesar ibu jari
2 gelas air
Gula merah
Cara-caranya adalah :
Ambil daun jamubu lalu cuci daun jambu batu dan halia. Kemudian potongkan kedua bahan tadi dan masukan ke dalam periuk dan tambahkan sebanyak 2 gelas air dan gula merah secukupnya.
Rebus sehingga air rebusan susut atau mulai mengering sehingga menjadi 1 gelas kemudian angkat dan tapis. Tunggu air rebusan menjadi suam dan minum ketika perut kosong.
Amalkan sebanyak dua kali sehari untuk kesan yang lebih berkesan.
Selamat mencuba.
KAEDAH KEDUA CARA BUANG KAHAK & LENDIR BAYI TANPA UBAT.
Ketuk beberapa ulas bawang putih, bersihkan dahulu kulitnya
Masukkan bawang putih tersebut ke dalam sebesen air panas yang masih berwap
Baringkan bayi anda menghadap besen berwap seperti dalam gambar dibawah. Pastikan kepala lebih rendah dari kaki
Serkup kepala bayi dengan kain atau lampin supaya wap tak terbebas atau menyejuk dengan cepat dan bayi dapat
menyedut wap bawang putih sepenuhnya
Hati-hati dan pastikan tangan bayi tak menggapai besen, air panas boleh menyebabkan bayi melecur
Tepuk bahagian belakang badan bayi di sebelah kiri dankanan dengan tangan dibentukkan “cupping” untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru bayi
Jangan tepuk di bahagian tulang belakang bayi
Jangan panik jika bayi anda menangis tiba-tiba dengan kuat. Itu lebih bagus kerana paru-paru akan mengembang dan
memudahkan lendir untuk keluar.
Lakukan selama 10-15 minit, 2 atau 3 kali sehari. Ulang sehinggan simptom-simptom berkurang dan sembuh.
SELAMAT MENCUBA
Sumber facebook
Leave a Reply