Petua Memilih Buah Tembikai

Tahukah anda Buah Tembikai sebenarnya ada jantan dan betina. TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN.

Cara untuk mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat jalur yang terdapat pada buah tembikai tersebut.

Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka buah tersebut adalah jantan, dan kalau jalurnya lebar, betinalah buah tembikai itu.

Jadi petuanya, pilihlah buah tembikai BETINA, sebab rasanya lebih manis dan kurang biji benih. Tak macam buah jantan, benih je banyak, tapi kurang manis atau tawar.

CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH BUAH TEMBIKAI :

1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih licin dan halus.

2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya, tembikai yang ringan kurang isi dan jus.

3. Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia sudah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut belum matang.

4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata dari kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan dan bukannya warna putih.

6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus. Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan isinya bagus.

7. Sekadar tambahan, penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai mampu membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Maklumat tambahan mengenai buah tembikai, di Kelantan buah tembikai juga di kenali sebagai Timun Cina.

Semoga bermanfaat. Jangan lupa amalkan memakan tembikai setiap hari untuk kesihatan badan.

Informasi dari Google dan Facebook.

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*