Petua Mengesan Sihir – Jika Rumah Anda Ada Bunyi Guli Jatuh Letakkanlah Buah Kundur

Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh banyak kali, bunyi orang tarik kerusi, lesung batu seperti ada yang sedang menumbuk atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur. Tidak kisah di ruang tamu, bilik atau dapur.

Seandainya buah tu busuk buang jauh-jauh dan ganti dengan yang baru sampai tak busuk.
Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir  ke atas individual.

Ini adalah pertua orang dulu kala nenek moyang ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object (unseen ghost or jin).

Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat mengatasi langkah berjaga-jaga di rumah. Buah kundur ini bukan untuk menghalau jin mahupun makhluk halus tetap sentiasa ada di sekeliling kita tetapi hanya untuk mengesan sahaja.

Tidak kisah apa agama juga boleh mencuba dan jika ianya berlaku buah itu busuk, maka segeralah berdoa atau apa cara sekalipun mengikut cara bagi setiap agama masing-masing.

Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya dan tidak pulak rosak dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu petanda rumah itu tidak ada makhluk yang menduduki di situ dan rumah bersih. Selagi buah ini tidak busuk dan tidak rosak, boleh sahaja digunakan untuk dimasak dan dimakan kerana buah ini banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar dalam masa yang singkat sehari mahupun seminggu, itu petanda ada sesuatu yang tak kena .

Jadi apa tindakkan kita seterusnya sebagai umat Islam?

Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat2 suci Al-Quran dan zikir. Banyakkan membaca Al Quran dan sentiasa pasang ayat-ayat surah Al Quran di rumah. Jangan biarkan rumah anda seperti kubur.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya. Maaf segala salah silap yang mana baik boleh diambil manakala yang buruk itu ditolak.

Ini hanya petua semata-mata untuk mengenal pasti dan mengesan, kita sebagai manusia dari zaman nenek moyang telah wujud dengan pelbagai macam petua yang boleh kita cuba sebagai ikhtiar dan buah kundur hanya asbab sahaja. Segalanya atas izin Allah Taala.. yang penting hati dan niat kita yang baik sahaja dan bergantung kepada pertolongan Allah.

Sekian Terima Kasih 😊

About Sifudurian 312 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*