Petua Merawat Kulit Melecur

Siapa pernah kena benda panas? Macam minyak panas, air panas, dan apa-apa benda yang boleh buat kulit melecur.

Biasanya kulit akan jadi menggelembung. Nampak sikit tapi sakit kan?

Korang boleh cuba petua ni. InsyaAllah berkesan untuk korang.

Petua Rawat Kulit Terbakar Atau Melecur

Jikalau terkena minyak panas, air panas, atau terkena api pasti kulit kita akan melecur. Ianya akan meninggalkan parut jikalau tidak dirawat dengan segera. Jadi sebaik sahaja terkena, terus rawat okay?

1. Air

Lalukan air sejuk dengan segera pada bahagian yang terkena air panas, atau minyak panas tadi selama 10-20 minit, sampai bahang panas hilang.

2. Daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani

Gunakan aloevera, sapukan bahagian kulit yang melecur dengan sedikit lendir daripada daun lidah buaya atau aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk sehingga lumat.

3. Kopi

Macam pelikkan? Betul ke kopi boleh bantu rawat melecur? Haa! Korang letakkan kopi serta merta pada bahagian yang yang melecur. Mesti akan rasa pedih untuk seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan dan korang akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering sapukan lagi. Korang akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

5. Getah pelepah pisang

Ambil getah pelepah pisang dan sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang melecur dengan sekata. Elakkan daripada terkena air supaya kulit tidak melepuh.

6. Sebiji telur

Pecahkan sebiji telur dan kacau, macam buat telur dadar. Tapi, janga goreng pula! Sapukan telur pada bahagian yang melecur menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

7. Sabun mandi

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit dan panas hilang.

8. Ubat gigi, kicap atau marjerin

Ini antara petua yang selaly orang guna, sebab bahan-bahannya memang dah tersedia di rumah. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian melecur. Biarkan sehingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Jika melecur serius sila mendapat membuat rawatan di hospital.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

 

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*