Petua Orang Dulu Sembuhkan Kencing Manis

Kalau ada bunga talang ambil 5 kuntum rendam beberapa jam dan minum airnya, buat seminggu dua atau tiga kali lepas tu cek gula dalam darah berapa.

Rebus daun pandan 3 helai 3 gelas air rebus dan tinggalkan segelas minum selama 3 minggu anda akan dapat hasilnya. Gantikan gula putih dengan gula perang.

Amalkan meminum air rebusan daun kari selama 2 minggu, kencing manis akan kembali normal dengan mengamalkan petua ini.

Ambil daun tunjuk langit, ambil sehelai dua letak dalam gelas dan tuang air panas, lepas suam minum setiap hari selama 2 minggu.

Blend sebiji epal hijau + peria katak kemudian minum jusnya. Amalkan segelas sehari sehingga 2 minggu, kandungan gula dalam darah akan kembali normal.

Cari sireh cina, tumbuh liar di halaman rumah atau dalam pasu. Rebus dan minum airnya, lepas tu cek bacaan guna selepas minum 2 atau 3 hari, jika bacaan stabil jangan minum lagi.

Cari buah bery berwarna merah, cuba makan tanpa memasak, makan yang ori, masam-masam. Petua dari mak mertua saya.

Ada banyak lagi petua, cukup untuk kali ini.

Ingat, untuk untuk sembuhkan diabetik / kencing manis tidak ada, cuma kena kawal pemakanan anda, kurangkan makanan manis-manis dan berlemak.

Semoga dapat membantu anda – Sifudurian

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*