Petua Suburkan Tanaman Dengan Air Rendaman Paku Karat

Paku ialah sejenis logam keras yang hujungnya tajam, biasanya diperbuat dalam bentuk baji daripada besi waja (sejenis besi yang keras) yang digunakan untuk melekatkan dua bahan dengan menembusi kedua-duanya seperti membuat rumah, reban ayam dan sebagainya.

Tahukah anda, selain digunakan untuk membuat rumah, air karat paku sebenarnya boleh dijadikan untuk penyubur atau baja tanaman, menurut perkongsian Nooraini Mat Saat melalui laman Impiana.

Biasanya jika manusia kekurangan iron atau zat besi (sel darah merah) dalam badan, tandanya adalah muka pucat, selalu lesu dan lemah.

Begitu juga dengan tanaman, kekurangan nutrien dan zat besi pada pokok boleh menyebabkan penyakit Iron chlorosis.

Tanda-tanda penyakit Iron chlorosis pada pokok adalah daun menjadi kekuningan dan nampak layu, secara tidak langsung menyebabkan pokok tidak subur.

Oleh itu, salah satu kaedah untuk suburkan tanaman adalah dengan menyiram pokok dengan air rendaman paku yang berkarat.

Caranya, ambil segenggam paku dam masukkan dalam botol berisi air biasa, kalau boleh gunakan air sungai dan elakkan air berklorin.

Rendam paku selama 3 hingga 4 minggu untuk mendapatkan air karat yang maksima, kemudian siram pada pokok yang kurang sihat sekali dalam satu minggu.

Sebaiknya siram pada waktu malam kerana matahari tidak panas dan pokok boleh menyedut nutrien lebih panjang.

Selamat mencuba! jangan lupa share jika artikel ini bermanfaat – Rentas asia

About Sifudurian 316 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*