Petua Tentang Anak Pokok Dalam Polibag

Anak pokok dalam polibeg yang baru dibeli dari tempat yang jauh, biasanya akan mengalami stress.

Ini disebabkan oleh getaran dahan/batang/daun, rintangan udara & keadaan keliling seperti asap, habuk & kimia jika anak diletakan dalam ruang terbuka semasa perjalanan.

Sampai saja di rumah letakan anak pokok di tempat yang redup, di bawah pokok atau green house / rumah tanaman.

Siramkan dengan air yang lebih pada keseluruhan anak pokok.

Pembajaan sebelum penanaman boleh tapi perlu berhati-hati kerana pokok masih stress, bajalah secara ringan atau relax.

Untuk baja kimia disyorkan separuh dari SOP biasa untuk pokok besar (safety factors). Sama seperti doktor akan tanyakan berat badan anak sebelum diberikan dosage ubat.

Terdapat keadaan dimana baja kimia yang digunakan secara berlebih-lebihan untuk anak pokok dalam polibeg, ini boleh menyebabkan anak pokok kering atau mati. Pastikan juga sukatan baja kimia yang betul.

Biarkan pokok bertenang/relax dalam 2-3 hari atau paling bagus selama seminggu sebelum ditanam di kebun.

Jika ada pucuk-pucuk muda seeloknya anak pokok itu jangan ditanam lagi.

Pastikan semua daun-daun pada anak pokok dalam keadaan matang atau tua sebelum ditanam di kebun.

Tip sangat bagus untuk dipatuhi.

Anak pokok baru keluar pucuk muda bermakna bahgian bawah, akar muda yang sangat sensitif juga ikut sama keluar.

Jika mengubah dari kedudukan asal atau tanam ke lokasi lain, risiko akan mati adalah tinggi terutama pokok-pokok yang jenis tak tahan lasak kecuali sawit atau speses seangkatan dengannya sahaja.

Jadi harap berhati-hati.

Selamat berkebun – Sifudurian

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*