Pokok maman jana pendapatan lumayan

Kuala Pilah: Hidangan rendang maman yang popular dan menjadi antara menu wajib ketika Aidilfitri di Negeri Sembilan mencetuskan idea buat seorang suri rumah untuk mengusahakan ladang tanaman maman atau nama saintifiknya Cleome gynandra.

Raihana Ayub, 31, mula mengusahakan tanaman itu di atas tanah seluas hampir satu hektar yang disewanya di Terachi, kira-kira 3o kilometer dari bandar Seremban, empat tahun lalu.

Bermula dengan hanya beberapa batas maman sebagai percubaan, kini Raihana memiliki lebih 8o batas tanaman itu yang menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan selain turut menggaji dua pekerja bagi menguruskan ladangnya.

“Peringkat awal memulakannya saya akui sangat su*sah. Pada tahun pertama saya ga*gal meraih sebarang hasil, tambahan pula saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan ilmu yang mendalam berkaitan pertanian,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Raihana berkata, dia kemudian mendapat bantuan daripada pegawai Jabatan Pertanian negeri yang memberi tunjuk ajar dan sering turun padang memantau sendiri keadaan tanaman yang diusahakannya.

Menurutnya, maman merupakan tumbuhan yang agak cere*wet dari segi penjagaan dan sensi*tif kepada cuaca terutama musim hujan, kerana penerimaan air terlalu banyak akan merosa*kkan akar serta batang pokok itu.

Berkongsi cara penanamannya, ibu kepada tiga anak itu berkata, maman dibiakkan menggunakan biji benih yang matang dan ditabur di atas batas yang telah diletakkan baja organik dalam tempoh dua hari dan b0leh dipetik selepas hari ke-26.

Anak kelahiran Terengganu itu yang kini turut mempunyai sebuah ladang sayur kangkung dan sawi, berhasrat membuka sebuah lagi ladang maman pada masa depan ekoran permintaan tinggi terhadap tanaman itu termasuk dari luar Negeri Sembilan.

“Bertani kini sudah sebati dengan diri saya dan nasihat saya kepada golongan muda yang menceburi bidang ini supaya tidak menyerah ka*lah serta perlu ada kekuatan fizikal dan mental. Bertani memang menguntungkan tetapi cabaran tetap ada,” katanya yang turut memanfaatkan laman Facebook bagi memasarkan produknya.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor Prof Madya Dr Norazmir Md Nor berkata, tanaman maman kaya dengan nutrisi dan kandungan beta kerotene, kalsium dan as*id f0lik yang baik untuk kesihatan.

“Seperti juga kebaikan memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman, daun maman dikatakan berupaya menjadi pena*war untuk beberapa masa*lah kesihatan termasuk bagi mera*wat bua*sir, c1rit-b1rit, ala*han kulit dan tekanan da*rah tinggi,” katanya – BERNAMA

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*