Pokok Pisang Berbuah Lebat selepas 12 Bulan – Kaedah Tanam Secara Terbalik

1. Admin akan kongsikan cara tanam bibit pisang secara terbalik agar berbuah lebih rendah. Bunyinya agak mustahil tapi telah ada beberapa petani berkongsi hasil dari cara ini.

2. Tempoh tuaian bagi pisang yang ditanam secara terbalik adalah dari 12 bulan hingga 14 bulan.

3. Caranya adalah dengan memotong batang anak bibit pisang lebih kurang 1 kaki. Anda boleh cuba apa-apa sahaja jenis pisang asalkan bibitnya sihat dan tidak rosak.

4. Seterusnya adalah anda perlu gali lubang sedalam 1.5 kaki. Gemburkan tanah agar akar cepat tumbuh dan letaklah apa-apa baja subur, sebaiknya baja organik di dalam tanah agar pokok tumbuh dengan subur dan sihat.

5. Setelah selesai memasukkan baja, tanam bibit pisang secara terbalik hingga tenggelam ke dalam tanah.

6. Selepas tanam dan timbus tanah sehingga rata. Lalu, ambil daun kering dan diletakkan diatas bibit yang ditanam tadi bagi tujuan melembabkan tanah supaya tidak cepat kering.

7. Jangan lupa untuk siram dengan air setiap hari agar bibit pisang cepat mengeluarkan tunas baru dan tumbuh dengan jayannya.

8. Setelah 2-3 bulan, anak pokok baru sudah tumbuh, Siram pokok seperti baisa dan berikan baja secara teratur. Pokok pisang akan tumbuh dan berbuah dengan lebih cepat berbanding dari kaedah tanam – tinggal -tuai.

9. Selepas hampir setahun, pokok pisang yang sudah menghasilkan buah yang agak rendah dan memudahkan petani untuk memetik hasilnya. Selamat Mencuba!

10. Antara faedah menanam pisang secara terbalik adalah banyak anak pisang akan tumbuh dari satu benih, pokok tidak tumbang oleh tiupan angin sebab rendah.

Artikel ini dipetik dari Rujukan Dr. Yak, Maejo University, Chiangmai, Thailand. dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*