Pokok Pisang Berbuah Mati dan Layu – INI PUNCANYA

1. Penyakit Moko atau penyakit layu yang sering terjadi pada tanaman pisang merupakan sejenis ancaman yang disebabkan oleh bakteria Ralstonia Solanacerum.

2. Ianya sejenis bakteria yang mempunyai “tanaman perumah”. Seringkali terjadi pada tanaman pokok pisang dan menyebabkan pokok tiba-tiba layu.

3. Bakteria ini dapat bertahan dengan suhu yang tinggi diantara 35-37 darjah selsius. Ia juga dapat bertahan dalam tanah selama 2-3 tahun.

4. Antara kaedah yang sering digunakan oleh petani bagi menghapuskan bakteria ini adalah dengan menebang pokok pisang dan menanamnya dalam tanah bagi tujuan penghapusan. Namun, bakteria ini sangat degil dan menjadi lebih cepat membiak.

5. Simptom penyakit ini sangat berbeza bagi pokok muda dan tua. Bagi pokok muda, kebiasaanya daun paling muda akan menjadi hijau kekuningan. Dalam tempoh seminggu pokok mula layu dan mati.

6. Anak pokok atau sulur mula lebam. Kemungkinan juga, buahnya menjadi dan saiznya besar namun isinya pula lembik, reput dan kehitaman.

7. Kaedah paling baik dan disarankan untuk menghapuskan penyakit ini adalah dengan melakukan Amalan Pertanian Baik (APB) melalui penggunaan anak benih yang bebas penyakit.

8. Pengawalan dan pengawasan perlu diperketatkan dari awal penanaman lagi. Kalau kelihatan pokok, daun, batang yang bermasalah. Tolong hapuskan dengan segera sebelum merebak kepada yang lain.

9. Bakteria penyakit Moko mudah merebak dalam keadaan tanah yang lembab. Oleh itu pastikan saliran yang baik dan tiada air bertakung.

10. Gunakan larutan Formaldehyde untuk merendam peralatan dan perkakas kebun sebelum mulakan tugasan berkebun.

11.Bagi tanaman yang telah dijangkiti, anda digalakkan untuk membakar sehingga menjadi debu. Ini dapat meyakinkan bahawa bakteria itu telah mati.

Artikel ini dipetik dari Impiana dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*