Polis bantu keluarga suspek curi beras, susu

KOTA TINGGI – Hanya bergantung pendapatan isteri sebanyak RM30 sehari antara faktor seorang lelaki mencuri beras dan susu di sebuah kedai makan di Jalan Indah di sini kelmarin.

Ketua Polis Balai Kota Tinggi, Inspektor Wan Nasrul Fariq Wan Ismail berkata, bagaimanapun desakan hidup dilalui bukanlah alasan untuk melakukan jena,yah.

Katanya, hasil kunjungan beliau ke kediaman isteri sus,pek untuk menyerahkan sumbangan mendapati keluarga tersebut hidup dalam keadaan susah ekoran hanya bergantung pada pendapatan isteri yang hanya ‘makan’ gaji harian.

“Keluarga ini agak susah dengan hanya bergantung pendapatan isteri RM30 sehari. Itu pun kalau ada kerja baru ada gaji.

“Memandangkan ada anak-anak kecil yang mungkin memerlukan makanan asas jadi kita mengambil inisiatif hadir membantu meringankan sedikit beban keluarga ini melalui sumbangan barangan keperluan asas,”ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan terutama dalam kes jena,yah yang tidak membawa apa-apa manfaat.

“Suspek mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya bersekolah di darjah tiga. Ketika kita datang isterinya hanya menangis sebak.

“Kita harap orang ramai agar jangan ambil jalan mudah walau apa pun masalah yang kita hadapi. Setiap tindakan yang kita ambil akan ada kesannya,”katanya.

Terdahulu, polis berjaya menahan sus,pek lelaki yang mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam melakukan jena,yah itu .-K! ONLINE.

ARTIKEL BERKAITAN

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam dia melakukan jena,yah terbabit, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hussin Zamora berkata, lelaki Indonesia bertaraf penduduk tetap berusia 38 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kuso, pada pukul 7.30 malam.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek didapati positif da,dah he,roin dan mempunyai enam rekod jena,yah melibatkan tiga rekod kes da,dah dan tiga rekod jena,yah.

“Suspek adalah lelaki Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap selepas berkahwin dengan wanita tempatan. Tangkapan dibuat di rumah sus,pek selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam.

“Susulan itu polis meram,pas sekampit beras 10 kilogram dan sebuah motosikal Yamaha LC 135 yang didaftarkan atas nama isteri sus,pek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hussin berkata, suspek yang mempunyai anak lelaki berusia enam bulan hingga 10 tahun memberikan alasan men,curi untuk menanggung hidup ahli keluarganya.

“Isteri sus,pek hanya bekerja secara harian sebagai pembantu kantin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (P,KP) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sekolah tidak dapat dibuka, maka isterinya tidak dapat keluar mencari pendapatan harian.

“Si isteri pula tidak tahu yang suaminya keluar men,curi. Bagaimanapun apa dilakukan sus,pek tidak menghalalkan cara,” katanya.

Katanya, sus,pek kini dire,man untuk siasa,tan lanjut selama tiga hari hingga 6 April ini untuk siasa,tan lanjut.

Beliau turut menegaskan, polis tidak mahu kejadian yang berlaku itu menjadi satu bentuk trend dalam masyarakat melakukan jena,yah atas alasan kesempitan hidup atau desakan hidup keluarga yang sangat tidak sihat.

“Kalau pun hidup dalam kesempitan disebabkan oleh pandemik Cov1d-19 tetapi masih ada lagi ruang untuk kita memohon bantuan bagi meringankan beban kesempitan hidup dari mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau ahli politik yang ingin membantu atau dari mana-mana agensi yang berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman Facebook kejadian curi yang berlaku di kedai makan di Jalan Indah di sini awal pagi semalam yang memaparkan rakaman seorang lelaki dipercayai sus,pek menaiki motosikal.

Siasatan awal polis mendapati sus,pek mencuri sekampit beras 10 kilogram dan sekotak susu. – UTUSAN ONLINE

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*