Polis siαsat penjualan sijil digital vαksinasi C0vid-19 pαlsu

ARTIKEL dimuat naik ke laman media sosial berhubung penjualan sijil digital vaksinαsi. FOTO Ihsan Pembaca

Kuala Lumpur: Polis menerima laporan berhubung penjualan sijil digital vaksinαsi C¤vid-19 pαlsu selepas artikel dimuat naik seorang individu di Facebook.

Pengarah Jabatan Siαsatan Jenαyah, Datuk Sri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu pihaknya sudah menjalankan siαsatan berhubung dakwaαn berkenaan.

“Siasαtan dijalankan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegαhan dan Pengαwalan Penyαkit Berjαngkit 1988 (Memberikan maklumat pαlsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

“Polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan aktiviti memαlsukan dan menjual sijil digital pαlsu,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga diminta untuk melαporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkenaan.

Terdahulu, tular satu gambar yang dimuat naik seorang individu mendαkwa sijil digital pαlsu mula dijual.

Sijil berupa kad itu dipercayai dicetak dan dipromosikan di media sosial – Harian Metro

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*