Potensi Tanaman NENAS MD2 Untuk 1 Ekar Tanah (15,000 sulur) – 3 FAKTOR Kejayaan Petani Nenas

Ramai kawan2 yang berminat menanam NENAS MD2 sbb pulangannya yang agak lumayan dan lebih tahan lasak berbanding nenas lain.

Namun kita perlu TAHU 3 aspek penting sebelum memulakan PROJEK tanam nenas untuk elak kerugian yang lebih besar.

1. IKLIN / CUACA

Cahaya dari 8am -5pm adalah faktor paling PENTING untuk menentukan kemanisan nenas. Suhu yang paling sesuai adalah 30 darjah celsius.

Berdasarkan satu kajian, kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan hasil tuaian merosot sebanyak 10-20 peratus.

Kekurangan cahaya matahari pada nenas boleh menyebabkan kandungan ASID berlebihan berbanding gula, sebab tu BUAH nenas jadi ASAM.

Kredit: Azuan Abdullah

2. HUJAN /AIR

Nenas tergolong sbg tanaman kontan yang tahan kemarau, jika air berlebihan akibat hujan berlarutan, ia boleh menyebabkan nenas mengalami penyakit reput pangkal

Nenas tidak perlu disiram dengan kerap, cukup memadai di siram oleh embun pagi dan air hujan. Bergantung pada keadaan jika kemarau berterusan baru lah di siram.

3. TANAH

Nenas tumbuh di kebanyakan tanah di Malaysia seeprti tanah meneral dan tanah gambut. Pastikan tanah yang di pilih tidak menakung air.

POTENSI TANAM NENAS 1 EKAR

Sebaiknya saya sarankan anda tanam menggunakan plastik SILVERSHINE untuk mengurangkan kos merumput. 1 ekar boleh tanam sekitar 15,000 sulur anak nenas.

Katakan 1 ekar = 15,000 pokok (sulur)

1 biji nenas beratnya sekitar 2kg (2kg x 15k = 30,000kg

contoh kita jual 1 kg rm3 (harga borong)

30,000 kg x 3 = rm90,000 untung kasar untuk 1 ekar (15,000 sulur)

Jika ditolak kos membeli bibit dan lain2 kos, katakan tolak separuh, kita masih untung rm45k

Nenas boleh berbuah 3 kali dalam satu musim. Maknanya selepas pokok berbuah sekali, biarkan 1 anak nenas tumbuh di celah2 daun, ia berbuah lebih cepat dari musim pertama.

Sekadar pandangan sendiri, abaikan jika tidak setuju.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian

Nak beli sulur nenas boleh wsap saya.

 

About admin 486 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*