Potensi Ternakan Ikan Talapia Merah

Ikan Talapia Merah merupakan antara ikan yang menjadi pilihan kepada penternak ini di Malaysia. Ini di sebabkan Ikan Talapia Merah mendapat permintaan yang amat tinggi baik di restoran t mahupun isi dapur.

Harga ikan Talapia Merah di pasaran sekarang adalah mengikut harga runcit adalah 12/kilogram atau lebih kurang 6 ringgit seekor. Dan harga pasaran ini di lihat tak banyak berubah di sebabkan permintaan sentiasa ada.

Saya di fahamkan harga ikan talapia merah berpotensi akan terus meningkat dari masa ke semasa disebabkan permintaanya yang sentiasa bertambah.

1. Dari segi penternakkan

Ikan Talapia boleh di katakan jenis spesis ikan air tawar yang senang di urus selain ikan keli. Risiko kematian semasa anak agak rendah berbanding dengan ikan air tawar yang lain jika kena dengan caranya.

Ikan Talapia Merah juga kurang berisiko diserang penyakit. Ia mudah membesar dan membiak. Dengan syarat ia diberi makan mengikut jadual dan kuantiti yang betul.

Timpoh matang Ikan Talapia yang boleh dijual biasanya setelah ikan mencapai berat 500g – 600g Seekor, iaitu lebih kurang dalam 5 ke 6 bulan.

Jika anda ada kolam yang terbiar tu boleh la berfikir-fikir tentang cara penternakan ikan Talapia Merah ini, sebagai hobi ataupun untuk di jadikan kerjaya tetap untuk menjana pendapatan.

2. Dari segi Pemasaran

Sebenarnya sekarang ini sudah tidak timbul lagi soal kesukaran untuk membuat pemasaran, Di dalam dunia online yang serba canggih ini kita mampu untuk mencari pelangan walaupun di dalam bilik tidur. Cuma caranya perlulah kita belajar.

Kalau dulu, kos untuk masuk beriklan dalam TV ataupun Surat Khabar sangat tinggi. Tetapi sekarang segalanya adalah percuma atau hampir Free, dengan adanya Facebook, Blog, IG , Whatsapp segalanya akan menjadikan kerja-kerja pemasaran menjadi lebih mudah.

3. Keadaan Kolam

Jika anda ingin menceburikan diri dalam bidang penternakan air tawar, benda-benda yang paling penting sekali adalah kena tahu tempat yang kita nak buat itu. ini supaya kita tak lakukan kerja sia-sia dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Faktor tanah dan air perlu di ambil kira sebelum anak-anak ikan di lepaskan di dalam kolam atau sangkar. Suhu air perlulah dalam lingkugan 25-35 darjah celsius, PH air dalam 6-8 dan Oksigen larut lebih dari 2.5ppm. Kedalaman kolam yang sesuai adalah 2-3 meter dalam.

4. Kadar pelepasan

Untuk anak ikan bersaiz 2.5cm – 5 cm atau 60 – 90 hari kadar pelepasan adalah 350 – 450 ekor untuk 1 meter persegi.

Jika ikan sudah sampai saiz 7 hingga 10 cm, ikan perlu ditempatkan dalam sangkar yang lebih besar iaitu 500 ekor untuk 3m x 3m sangkar. Sangkar bersain 6m X 6m boleh menempatkan 2000 ekor.

Jom ternak ikan talapia merah!

About Sifudurian 314 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*