Punca Daun Kelapa KERING, Cara Tanam, BAJA, Penjagaan Kelapa Yang RAMAI Tidak Tahu

Menanam KELAPA secara skala BESAR jika tidak ada ILMU yang cukup seperti melanggar DINDING dan akhirnya tersungkur.

Sebaiknya anda perlu buat research terlebih dahulu sbl memulakan sesuatu bisnes bagi mengelakkan anda alami banyak KERUGIAN.

Artikel pagi ini saya kongsikan beberapa TIPS penanaman, pembajaan dan penjagaan seperti kelapa Pandan, Mataq, Tacunan dan sebagainya.

1. Daun kering – ia disebabkan oleh KUMBANG BRONTISPA sejenis serangga yang merosakkan daun sehingga kelihatan kekuningan, hangus, kering dan boleh menyebabkan pokok terbantut / m4ti.

2. Biasanya pokok kelapa akan diserang serangga atau kumbang sebaik daun kelapa tumbuh hingga pokok berbuah. Jadi anda kena lah buat pencegahan sebelum diserang. Sembur sekali dalam sebulan dengan racun.

3. Cara rawatan – sembur dengan RACUN 505, Cypermethrin atau Cyper H20, Karate, ATAU tabur FURADAN 5G di celah pelapah pucuk muda. Bnyk lg racun jenama lain klu nak listkan sini…

4. Kalau nak jimat, boleh guna CLOROX peluntur tu, bancuh dengan air dan sembur di pucuk muda. Sukatan 20ml clorox untuk 1 liter air sudah cukup.

5. Cara tanam – sebulan sebelum tanam anak benih kelapa, KOREK LUBANG, saiz 1×1 kaki atau besar sikit pun boleh, tabur dengan BAJA SUBUR NPK 15.15.15 + Dolomite (pulihkan pH tanah)

6. Lepas tabur baja + dolomite td, timbus dengan tanah dan sebaiknya tangan tanam terus kelapa, biarkan 3-4 minggu atau sebulan supaya tanah lebih SUBUR.

7. Kelapa biasanya akan BERBUAH sekitar 3 tahun. Purata buah dihasilkan 1 tandan = 15 biji / 1 pokok = 150 biji setahun / 15 tandan setahun / 1 hektar (208 pokok) / purata biji setahun = 49,000 biji setahun (1 hektar)

8. Berdasarkan statistik terkini, tanaman KELAPA antara TOP 3 EXPORT Malaysia yg mendapat permintaan TINGGI di pasaran selepas Musang King dan nenas MD2.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di FB anda terima kasih – Sifudurian

 

About Sifudurian 166 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*