Punca Pucuk Durian Kering Dan Cara Rawatannya

1. Terdapat beberapa punca pucuk durian kering antaranya, penyakit akar putih yang disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus. Penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Phellinus noxius. Penyakit akar merah yang disebabkan oleh kulat Ganoderma phillipii.

2. Antara simptomnya adalah pokok yang dijangkiti akan menunjukkan daun yang kekuningan dan seterusnya layu dan kering serta merta. Daun yang kering itu tidak gugur ke tanah tetapi masih terlekat pada dahan dan rantingnya.

3. Pada akar yang diserang akan terdapat gumpulan tanah yang diselaputi oleh breket atau cendawan yang akan dihasilkan pada pangkal pokok.

4. Penyakit ini terjadi apabila kerja-kerja pembersihan tidak dilakukan dengan sempurna terutamanya pada peringkat awal penyediaan dan pembersihan ladang.

5. Ianya juga boleh menyerang tanaman ladang lain seperti getah dan kelapa sawit, pokok hiasan dan pokok hutan.

6. Sumber jangkitan bermula biasanya dari tunggul atau akar yang dijangkiti. Penyakit ini akan merebak melalui sentuhan akar yang sihat dengan bahan-bahan atau akar yang dijangkiti.

7. Antara cara merawatnya adalah dengan memusnahkan dan mencabut tunggul atau akar–akar besar. Seterusnya adalah dengan memastikan lubang tanaman dalam keadaan bersih dan bebas dari akar dan kayu-kayu.

8. Selain itu, pemeriksaan yang kerap pada pokok di ladang juga amatlah digalakkan. Jika pokok mati akibat serangan kulat yang serius pokok tersebut perlu dicabut dan dimusnahkan atau dibakar.

9. Antara racun untuk mengawal seperti Hexaconazole, Difenoconazole dan lain-lain dan perlu disiram dibawah kanopi pokok, anda digalakkan untuk menyembur pada daunnya. Selain itu, boleh juga menggunakan produk racun kulat AMISTAR TOP.

Artikel ini dipetik dari Croped.Koko dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*