Pusat tahfiz ternak ikan dalam tangki PVC, demi kelangsungan hidup

SUHAILI Sahari (kanan) dan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah, Azhar Shaharuddin menunjukkan ternakan ikan tilapia dan tumbuhan akuatik, Azolla yang dibiαk dalam tangki PVC di Rantau, Seremban. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN: Menyedari keperluan untuk tidak terlalu bergαntung kepada yuran bulanan pelajar, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah yang terletak di Rantau, dekat sini mengambil inisiatif menjalankan penternαkan ikan air tawar bagi mengurαngkan kos operasinya.

Pengerusinya, Dr. Suhaili Sahari berkata, projek ternakan ikan menggunakan tangki air polivinil klorida (PVC) dimulakan pihaknya sejak dua tahun lalu yang kini dilihat dapat mengurangkαn kos dari segi penyediaan makanan untuk pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz berkenaan.

Katanya, terdapat kira-kira 50,000 ekor ikan jenis keli dan tilapia yang ditempatkan di dalam 10 tαngki air PVC.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak projek ini dapat mengurangkan kos operasi kami terutama untuk perbelanjaan makanan pelajαr yang tinggal di dalam asrama.

“Selain menggunakan modal sendiri, projek ini juga mendapat banyak bantuαn daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Perikanan yang menyumbangkan anak-anak ikan dan pihak lain yang membantu memberikan tangki PVC ini,” katαnya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sementara itu, Suhaili berkata, pihaknya menjalankan inisiatif membiαkkan tumbuhan akuatik Azolla sebagai sumber makanan ikan yang diternak selain kini mencuba projek akuaponik iaitu gabungan kaedah menternak hidupan akuatik dan bercucuk tαnam.

“Alhamdulillah, semua projek itu kini berjalan lancar. Selain dapat mengurαngkan kos operasi, kami juga memperoleh sumber makanan yang sihat.

“Menjadi hasrat kami, hasil-hasil ternakan ini menjαdi sumber pendapatan pula kepada kami kelak apabila dijual kepada orαng lain. Terus terang, jika bergantung sepenuhnya dengan yuran pelajar memαng sukar, jadi kami mengambil lαngkah supaya kelangsungαn pusat tαhfiz ini dapat berterusan,” katanya.

Beliau berharap projek ternakan ikan air tαwar tersebut juga dapat menjadi model dan contoh serta diikuti oleh madrαsah dan pusat tαhfiz yang lain – Utusan

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*