Rahsia Bisnes Orang Cina

Rahsia bisnes orang cina yang ramai tidak tahu, dikongsikan oleh Coach Bahar melalui laman sosial.

1. Jimat cermat
Mereka memang berjimat dalam berniaga. Saya tahu perkara ini. Jika barang yang masih boleh dipakai, mereka akan jaga dari rosak dikedai mereka. Mereka sangat berjimat cermat.

2. Rajin berusaha
Mereka rajin berusaha, buka kedai jam 9 pagi tutup jam 10 malam. Mereka kata kalau tak kerja nanti jadi malas. Walau mereka dah tua, mereka tetap berniaga. Tengok di kedai runcit milik mereka, mereka tetap bekerja dalam bisnes mereka walaupun ada ramai pekerja. Setiap hari mereka datang.

3. Tidak memberi hutang, hanya pada mereka yang di kenali sahaja.
Mereka akan percaya pada mereka yang mereka kenal atau dikenalkan kepada mereka. Mereka takut memberi hutang kerana takut makan pangkal modal.

4. Harga berpatutan
Ini kemahiran tinggi pada mereka. Mereka akan jual murah dan prinsip mereka adalah lebih baik jual murah untung sikit dari barang tak laku-laku. Mereka pusing duit mereka…pusing dan pusing.

5. Senyuman dan layanan pelanggan.
Mereka sendiri yang layan pelanggan. Mereka takut pelanggan lari. Pelanggan adalah raja bagi mereka.

6. Kejar masa
Mereka tidak mungkin buang masa, mereka bekerja berusah bersungguh. Bila ada peluang mereka buat sampai habis. Mereka mengejar masa, kalau boleh sentiasa berlari untuk pastikan semuanya cepat.

7. Semak kunci kira kira setiap hari.
Ini yang kurang dibuat oleh bangsa lain. Walaupun bisnes mereka kecil, setiap hari mereka semak akaun mereka. Mereka sangat teliti dan berhati – hati.

Masih ada 27 rahsia seni berniaga bangsa cina yang boleh dibuat panduan peniaga baru. Mungkin ada yang berminat nak tahu…saya kongsikan kalau mahu. Kita ramai kawan, kita belajar dari satu dengan yang lain.

Kredit: Coach Bahar / Gambar hiasan

About admin 484 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*