Rahsia Kecantikan Orang Zaman Dahulu – Khasiat Lempoyang

Lempoyang atau halia hutan banyak manfaatnya. Namun kekurangan orang yang menanam lempoyang membuatkan ianaya sukar untuk didapati dipasaran.

Lempoyang sering disebut sebagai halia syampu, tumbuhan daripada kumpulan zingiber ini hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan boleh mencapai ketinggian 30-50cm dari atas tanah.

1. Lempoyang membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Malah rizomnya juga digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera untuk pelbagai masakan.

2. Pati rizom lempoyang digunakan dalam perubatan herba.

3. Lempoyang mampu merawat kanser di peringkat awal sebelum selnya bertukar kepada abnormal. Ini dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada ubat hospital sahaja.

4. Air perahan lempoyang diminum dengan mencampur sedikit gula atau madu. Selain itu, khasiatnya juga dapat mengubati masalah kurang nafsu makan,sesak nafas dan bau badan.

5. Halia hutan ini sudah lama popular dalam bidang perubatan tradisional Melayu. Sejak dulu, tumbuhan ini digunakan untuk membersih dan mencantikkan kulit wajah. Antara kaedah paling popular adalah dengan cara mengambil setengah ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut.

6. Air perahan lempoyang diminum dengan mencampur sedikit gula atau madu. Ianya dapat mengubati masalah kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Ianya dapat memperbanyakkan air susu badan dalam badan.

Artikel ini dipetik dari Harian metro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*