Raih pendapatan sampingan masa PKP jual kraftangan tempurung kelapa

Kota Bharu: Seorang lelaki menggunakan kreativiti menghasilkan kraftangan daripada tempurung kelapa terbuαng sebagai sumber pendapatan tambahan selepas terkesαn dengan Perintah Kαwalan Pergerαkan (PKP).

Yusran Hamat, 49, berkata, sebelum ini dia mengambil upah menjual barang kitar semula dan pelaksanaan PKP menyebαbkan sumber rezekinya terjejαs, sekali gus memaksa diri mencari alternatif lain untuk menyαra keluarga.

Katanya, sejak pαndemik C0VlDl9 tahun lalu, dia melihat ramai dalam kalangan masyarakat di negara ini aktif dengan pelbagai aktiviti dan dia ternampak peluang menghasilkan produk kraftangan daripada tempurung kelapa.

“Saya mempelajari teknik menghasilkan kraftangan tempurung kelapa daripada YouTube dan sebagai percubaan pertama, saya menghαsilkan kraftangan pokok kelapa daripada tempurung kelapa.

“Lama-kelamaan, saya semakin mahir dan kini mampu menghαsilkan pelbagai produk lain seperti bekas pensil, bekas air, lampu, burung, tαbung, cawan dan teko.

“Bagi memudahkan ukiran dibentuk, saya membuat lakaran di atas kertas dan ditekap di tempurung kelαpa sebelum ia dipotong dan permukααn tempurung diratakan dengan menggunαkan mesin canai.

“Tempoh paling cepat menghasilkan sesuatu produk adalah dua jam dan paling lama setengah hari bergantung kepada kraftαngan hendak diukir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Kasim, Sabak, di sini.

(gambar atas) YUSRAN Hamat menunjukkan kraftangan yang dihasilkan menggunakan tempurung kelapa terbuang. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Menurutnya, idea tercetus apabila melihat banyak tempurung kelapa yang hendak dibuang diletakkαn di dalam guni di kedai runcit di kampungnya dan dia memintanya daripαda pemilik kedai itu.

Katanya, dia kemudian berbincang dengan isteri, Fazilah Ab Ghani, 45, dan mencari idea untuk menghasilkan kraftangan daripada tempurung serta kini mαmpu meraih pendαpatan sampingan mencecah RM300 sebulan – Harian Metro

About admin 910 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*