Ramai ‘Petani Express’ Berjaya SEMAI Biji benih Sayur Dengan Betul. Mereka Ikut Tips Ini

Musim PKP ni ramai yang terjun jadi ‘petani express’ dan mula bercucuk tanam di halaman rumah. Ada yang 1st time pegang cangkul, tanah dan sebagainya.

Agak ramai juga yang tidak tahu cara-cara menyemai benih sayur yang betul, tak pa , saya ucapkan tahniah! at lease kau dah mencuba.

Artikel malam ni saya kongsikan cara menyemai benih dari biji mengikut jenis sayur yang hendak di tanam.

1. Untuk sayur seperti bendi, kacang panjang, timun, labu, kundur, petola, peria dll, bijinya boleh ditanam terus di tanah tanpa perlu menyemai dalam pasu atau tray semaian. Jika menggunakan sistem Fertigasi, anda perlu semai dlm tray kemudian pindah ke dalam polybag fertigasi atau pasu besar/batas tanaman.

2. Sayur sawi seperti pak coy, sayur pahit, sayur bunga, sayur kailan, sayur kobis, sayur letus dll, anda perlu semai dalam pasu sebelum pindah ke tapak tanaman atau hidroponik/vertical tower/pasu besar.

3. Sayur bayam tak perlu semai, tabur terus ke atas tanah yang digembur, ia cepat membesar iaitu sekitar 3 minggu dah boleh dimakan.

4. Contoh semai sayur bendi dalam pasu, mula2 rendam benih selama 1 jam dengan air, balut dengan tisu kemudian lembapkan, letak dalam kontena dan tutup rapat.

5. selepas 2-3 hari akan kelihatan mata tunas keluar, tanam ke dalam tray atau polybag kecil. Selepas 2 minggu boleh pindahkan ke pasu besar.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian

About Sifudurian 209 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*