Ramai Tidak Tahu Cara Lebatkan Buah Mangga Dalam Pasu. Ikut Empat Petua Ini

Mangga sejenis buah-buahan bermusim yang tumbuh subur dan berbuah di kawasan yang agak panas dan kawasan tanah rendah.

Cara tanam dan penjagaan mangga lebih mudah berbanding pokok durian dan ia berbuah seawal 2 tahun jika pokok yang sudah di cantum atau di kawinkan.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara tanam dan lebatkan pokok mangga dalam pasu. Mungkin ramai yang tidak tahu caranya.

1. Saiz pasu – mestilah berukuran besar iaitu 15cm tinggi dan panjang 11cm, kecil sikit pun takpe, yang penting media semaian tu mesti kena cun. kalau boleh gunakan pasu seramik supaya tahan lama.

2. Media semaian – gunakan topsoil / tanah hitam, elakkan guna tanah sisa kelapa sawit sebab ia cepat mengeras dan tidak sesuai untuk semaian pot). Topsoil 70%, sekam padi 10% sekam padi bakar 10% cocopeat 10%

3. Pemilihan benih – kami cadangkan tanam mangga Chokanan, Harum Manis, mangga nam dok mai dan red star atau mangga Taiwan. ini antara mangga yg cepat dan rajin berbuah. Pastikan beli benih yang sudah di kawinkan atau ‘TUT’ supaya cepat berbuah. Jika tanam dari biji ia lambat sedikit berbuah iaitu sekitar 4-6 tahun.

4. Baja – gunakan baja subur NPK 15.15.15 iaitu kandungan baja yang seimbang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok yang seimbang. Manakala untuk baja penggalak buah, gunakan baja buah NPK 12.12.17 berwarna biru yang boleh dibeli di mana-mana kedai pertanian/ kedai kimia berdekatan dengan rumah anda atau boleh secara online di Shopee, Lazada.

Pastikan pasu disiram dengan air dan elakkan tanah kering supaya pokok sentiasa segar, sekali sekala sembur dengan baja subur foliar dan racun Malation atau Decis untuk elakkan serangan serangga pada daun dan pucuk muda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE. Terima kasih.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*