Rangka dinosaur ditemukan di China

F0SIL itu ditemukan di Lufeng, barat daya China. – ASIA WIRE

BEIJING: Ahli paleontologi di China menemukan satu rangka dinosaur gergasi yang lengkap dari era Jurassic.

Lapor Daily Mail, fosil luar biasa itu ditemukan semasa kerja penggalian tanah di Lufeng, barat daya China, akhir bulan lalu.

Rangka itu kira-kira 7o peratus dalam keadaan utuh dan dipercayai dari kumpulan spesies dinosaur yang berukuran sekitar lapan meter panjang.

Fosil itu ditemukan semasa kerja penggalian tanah di kawasan berasal kira-kira 180 juta thun hingga zaman Jurassic.

Ketua Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Fosil Dinosaur Bandar Lufeng, Wang Tai berkata, rangka din0saur yang lengkap itu agak jarang dijumpai di seluruh dunia.

Beliau menyifatkan penemuan itu sebagai khazanah negara dan memaklumkan pasukannya berharap dapat menggali tengk0rak dinosaur dengan segera.

“Berdasarkan bahagian ekor dan tulang paha fosil, kami percaya dinosaur itu jenis Lufeng0saurus gergasi yang hidup pada awal zaman Jurassic,” katanya.

Tambah beliau, pasukannya merancang untuk melakukan penggalian kecemasan untuk mengeluarkan f0sil itu dengan segera kerana ditemukan di kawasan berisiko hakisan tanah – Utusan Online

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*